Saturday, July 17, 2010

Mee Rebus oh Mee Rebus...

Penat sungguh hari ni....maklumlah semalam dah tidur pukul 4 pagi. Bangun balik pukul 6, lepas tu terus bersiap ke pasar....balik masuk dapur. Semuanya gara2 nak meniaga mee rebus. Pagi tadi ada sambutan Isra' Mikraj di surau Seksyen 11, Shah Alam. Mulanya cuma nak promosikan kedai cermin mata Ferlina Eyecare je...tapi pikir2 balik apa salahnya meniaga makan2. Disebabkan last minute punya perancangan itu yang kalut sikit tu....

Inilah matlamat utamanya pemeriksaan mata percuma dan edarkan voucher....selain tu sunglasses untuk kanak2 dan cermin mata membaca readymade....

Tapi sebab nak mencuba benda baru punya pasal....nak try gak jual mee rebus. Walaupun tak pernah buat mee rebus...kerana semangat yang berkobar2 nak meniaga terpaksalah kugagahi juga. Tapi takde problem sangat sebab aku biasa buat mee bandung, bezanya cuma mee rebus pakai keledek dan guna telur rebus. Tengahari baru siap masak, so lepas selasai solat Zohor barulah dapat hantar mee tu ke surau. Mak memang awal pagi dah ada kat situ. Mak macam biasa meniaga waffle, karipap dan ABC. Alamak...mak punya dah banyak laku dijual, aku ni baru nak mula....dugaan..dugaan...

Mak dah boleh tersenyum sebab ABC dia dah ramai yang beli

Selain daripada ABC dan karipap, aku jugak letaklah sikit cookies untuk dijual

Ni mak ngan adikku Amal Hayati.....

Tak lama menunggu customer dah mula datang...apalagi makin bersemangatlah aku ni.... Sebungkus mee rebus aku jual RM3.50. Okaylah tu...telur separuh, daging 3-4 potong....memang terangkatlah...hehehe..(masuk bakul angkat sendrik...) Tapi makin lama, ramai jugak la yang beli percubaaan pertama aku tu....

Sedang duduk berehat-rehat tiba2 datang seorang akak ni...tadi dia ada beli sebungkus, dia datang nak beli 4 bungkus lagi untuk anak2 dia. Dia tanya selama ni aku dok meniaga di mana?! Dia kata mee rebus aku sedap! Apalagi terkejut beruk jugaklah aku ni sebab ini first time aku meniaga makan, kalau pasal cermin mata tu memang la dah 10 tahun... Sebelah petang pun dia datang lagi...dia nak beli lagi dua bungkus dan kata mungkin nak tempah untuk kenduri. Seronok sakan aku.....sapalah tak rasa bangga....(jangan riak sudah...)

Selepas solat Asar, tiba2 geraiku diserbu sekumpulan jemaah yang baru sudah solat di surau....sekali lagi terkejut bila diorang mintak 30 bungkus mee rebus sedangkan mee yang tinggal cukup untuk 12 bungkus saja....apalagi, terpaksalah telefon Wahdi untuk ambik aku balik...nak kena celur mee lagi ni....kalut..kalut...

Syukur Alhamdulillah....mee rebusku habis terjual sebelum Maghrib. Tinggal kuah aje sikit untuk kami makan anak beranak. Kami berkemas2 dan pulang. Ingatkan nak meniaga sampai ke malam tapi semuanya dah habis....ABC mak pun laku jugak...

Sebelah malam ada ceramah oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Mulanya memang nak pergi...tapi bila balik, Aufa merengek-rengek sebab dah seharian mama tak ada dengan dia....jadi mak saja yang pergi.... Mak kata best sangat...enjoy dengar dia bercerita... Jeles pulak aku dengar...dapat bersemuka ngan angkasawan pertama Malaysia plak tu.... aku tengok gambar pun jadilah...

Apapun pengalaman hari ni memang cukup memberi kepuasan....Dan yang paling penting aku dah menerima tempahan mee rebus yang pertama. Kak Syam nak buat kenduri 1/8 ni....semoga ini menjadi permulaan yang baik untuk diriku dan keluarga.....Malam ni bolehlah aku tidur dengan nyenyaknya.......

1 comment: