Sunday, July 4, 2010

Permata Hijrah....Di mana silapnya....




Saya terpanggil untuk menulis berkaitan Permata Hijrah kerana masih ada yang bertanya kenapa produk ini masih berada di pasaran walaupun sudah dihentikan Kementerian Kesihatan...

Apapun baca dulu artikel berita ini:

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menarik balik 27 produk kosmetik keluaran empat pengilang barang kosmetik tempatan daripada pasaran kerana menotifikasikan produk kosmetik di luar takrifan kosmetik.

Antara produk yang ditarik balik adalah toner mata Permata Hijrah Ainun keluaran Seri Ummi Sdn Bhd, Ainun Syifa toner mata keluaran Yamni Industries Sdn Bhd, Ainun toner mata keluaran Al-Jabbar Manufacturing Sdn Bhd dan Alkaline Theraphy Pearl Extract keluaran Permata Hijrah Resources.

Menurut satu kenyataan kementerian, produk-produk itu ditarik balik daripada pasaran kerana dinotifikasikan sebagai barangan kosmetik tetapi disalahgunakan apabila cara penggunaannya dengan menitiskannya ke dalam mata.

"Produk-produk yang digunakan dengan cara menitis ke dalam mata dan produk untuk dititiskan ke dalam hidung adalah di luar takrifan kosmetik dan sepatutnya dikawal sebagai produk farmaseutikal.

"Produk yang diklasifikasikan sebagai bahan kosmetik sama sekali tidak dibenarkan digunakan untuk tujuan merawat sebaliknya ia hanya persediaan untuk digunakan pada anggota luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, kuku, bibir, bagi tujuan mencantikkan, melindungi dan menghilangkan bau badan," katanya.

Katanya produk berkenaan sepatutnya dikilangkan di premis pengilangan bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan perlu mempunyai kelengkapan spesifik untuk mengeluarkan produk 'steril'.

Produk yang dinotifikasi sebagai kosmetik itu tidak memenuhi keperluan berkenaan, menurut kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati semasa mendapatkan produk kosmetik di pasaran dan perlu lebih bijak memilih produk sesuai dengan mereka serta tidak terpengaruh dengan testimoni yang diiklankan pengeluar.

-- BERNAMA

Ramai yang tak tahu atau tak perasan tentang kewujudan artikel ini, tambahan pulak dengan iklan permata hijrah yang begitu meluas. Kadang2 bila kita menulis, ada yang beranggapan kita cuba menabur pasir di dalam periuk nasi orang. Namun ini sebenarnya pendapat peribadi saya sebagai seorang optometris. Ada pula yang fikir saya ni berat sebelah, tapi cubalah renung2kan ya....

Tidak terniat langsung untuk memburukkan pihak permata hijrah apatah lagi bermusuh sesama islam cuma silapnya mungkin kerana langkah promosi yang diambil untuk menarik perhatian pembeli. Permata Hijrah boleh mengubati penyakit mata....itu saya tak nak komenlah sebab saya pun bukannya doktor yang pakar mengenai penyakit mata, cukuplah jika saya memberi pendapat mengenai keberkesanan permata hijrah menurunkan rabun seseorang...BENARKAH!!!

Mungkin Kementerian Kesihatan patut menyahut cabaran pihak permata hijrah bukan sahaja untuk membuktikan produk itu selamat malah untuk memastikan keberkesanannya seperti yang diwar2kan dalam iklan dan testimoninya. Bagi saya selamat itu mungkin benar tapi berkesan atau tidak itu yang dipersoalkan. Kementerian pengguna juga mungkin patut terlibat kerana jika iklannya berunsur penipuan, tindakan patut diambil.

Saya bukan bercakap kosong tetapi setakat ini beberapa pelanggan telah datang berjumpa saya untuk membuat pemeriksaan mata setelah menggunakan permata hijrah. Agak mengejutkan bila tahap kerabunan mereka bukannya berkurang malah semakin meningkat. Dan jika benar pun permata hijrah dapat mengurangkan kerabunan mata di mana rasionalnya jika setiap bulan pelanggan terpaksa menukar kanta cermin mata kerana 'power' spec mereka sudah tidak lagi bersesuaian. Sudahlah spray/toner mata nak kena beli (bukannya murah) 'power' spec pulak nak kena tukar. Baik kumpul duit pergi buat lasik jer...esoknya dah terang mata....

Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya....tapi bagi saya testimonial penguna yang saya baca juga agak meragukan...mungkin di kalangan pengguna tiada yang peliknya tapi bagi kami yang terlibat dengan bidang ini, ada keraguan munasabah yang boleh dipertikaikan....

3 comments:

  1. huih! takutnya.. silap pakai buleh buta!!!

    ReplyDelete
  2. Hati2...tunggu kelulusan kementerian dulu ye...

    ReplyDelete
  3. wah! I used this product long time ago. Takut nya, dah lame tak check power mata ni. ntah2 dah naik...huhuhu.

    p/s: jemputlah ke blog sy, im also newbie in bloging http://talkisaid.blogspot.com/

    ReplyDelete