Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Halal Ke?

Sekadar renungan untuk umat Islam dan saya cuma menjalankan tanggungjawab untuk berkongsi apa yang telah dikaji. Kepada semua pembaca, jangan mudah melenting dengan pendedahan ini. Terpulanglah kepada waras akal masing-masing untuk memilih yang terbaik dan HALAL. Mungkin sukar untuk kita terima kenyataan kerana perkara ini tidak didedahkan secara meluas di kaca TV mahupun surat khabar untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu namun kita sebagai umat Islam wajib mengambiltahu perkara sebegini. Bermula sekarang, carilah alternatif agar kita tidak terus menggunakan produk yang tidak disahkan HALAL....

Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya
1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut  Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberitahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Di atas Terutama Pakaian Sembahyang.  Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!

Saya sendiri masih tertanya-tanya benarkah kajian yang dilakukan ini dan kenapa tidak dihebahkan. Apapun untuk menghilangkan segala keraguan bolehlah kita merujuk kepada pihak JAKIM. Jika mereka sudah mengesahkan ia halal, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi kerana mereka adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab persoalan halal haram. Di laman web mereka juga kita boleh bertanya soalan dan membuat aduan. Gunakanlah laman web itu sebaik mungkin.

Ada juga produk yang tersenarai,ada logo halal Jakim tersenarai contohnya Maggi, KFC, McDonalds dll, jadi bolehlah rujuk semula di sini:
http://www.halal.gov.my

Untuk maklumat yang lebih lanjut, bolehlah merujuk di sini....Wallahualam. 

Namun, jika kita masih ragu-ragu...eloklah ditinggalkan kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui.... Wallahualam.....

Sunday, August 22, 2010

Ayam Tiruan!

Agak terkedu juga di kala membaca satu e-mail yang ditujukan kepada ayah. E-mailnya dah lama diterima tapi baru terfikir nak tulis dalam blog ni. Bagi sesiapa yang rasanya mudah merasa loya atau nak termuntah...baik tak payah tengok. Tapi perkara ni perlu juga dikongsi terutamanya bagi mereka-mereka yang sering ke Indonesia. Gambar-gambarnya juga terdapat di dalam beberapa blog dari seberang. Terima kasih kepada pengirim e-mail ini kerana sudi berkongsi. Peringatannya kalau kita ke Indonesia, lebih baik jika kita makan di restoran yang agak terkenal dan HALAL. Jangan beli makanan di pasar-pasar di tepi jalan. Tidak menghairankan pun kerana di Malaysia sendiri pernah berlaku seoarang pemuda ditangkap kerana menjual pau dari daging kucing terbiar....Nauzubillah....... Tapi inilah hakikatnya;

Tikus-tikus yang berkeliaran ditangkap
Dikumpulkan dan siap untuk diproses

Dibuang bulu dan dipotong seakan-akan peha ayam. Bahagian lain dipotong kecil untuk dibuat sup atau sebagainya
Sedia untuk dimasak
Setelah siap digoreng, dagingnya memang kelihatan seperti ayam.
Pandangan dari dekat, memang kelihatan sama seperti ayam.
Bagaimana pula dengan bahagian2 kecil yang digunakan dalam sup dan rencah dalam mee pasti sukar dipastikan bukan?!
Apa yang membezakan cuma tulangnya lebih kecil dan lemaknya yang lebih banyak. Tapi ada juga ayam kecil dan lemak yang banyak boleh dibuang.

 Jadi berhati-hatilah ketika memilih makanan. Ada tips mengelakkan tertipu yang saya dapat dari laman web
 http://berita-kilat.blogspot.com

Antaranya:
1. Kalau nak beli juga ayam di tepi jalan, tanyakan bahagian kepak kerana tikus tak ada kepak. Tapi boleh aje kalau si penjual tu jual kepak ayam tapi bersekali ngan daging tikus....Serammmm...
2. Daging tikus seratnya lebih halus dan banyak lemak.
3. Pori-pori pada kulitnya lebih halus kerana bulunya halus berbanding ayam yang bulu pelepahnya kasar2.

Apapun....semoga kita tidak termakan benda-benda pelik begini...

Wednesday, August 18, 2010

Bufet Ramadhan Halal

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali tibanya Ramadhan banyak pengusaha makanan yang menganjurkan Bufet Ramadhan tak kira hotel atau restoran termasuklah yang tak ada sijil halal pun hidangkan makanan untuk orang berbuka puasa...macam mana tu?! Jadi sebagai kita sebagai insan yang diberi akal, fikirlah dan buat pilihan yang tepat. Pastikan makanan yang disajikan benar-benar HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging. Pastikan juga tempat kita nak berbuka tu ada disediakan surau, supaya tidak terlepas waktu solat Maghrib pulak nanti....Makan, makan juga...Solat jangan tinggal....

Bagi diriku agak serik juga untuk makan secara bufet di bulan Ramadhan ni. Bukan sebab tempat yang aku pergi tu tak halal, McDonalds aje pun bukan hotel tapi disebabkan satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Perkara ni berlaku 5-6 tahun lepas. Masa tu anak pun baru seorang, so bila adik-adik ajak pergi bufet Ramadhan McDonalds aku pun ikut la sekali. Biasalah bila puasa ni memanglah dahaga. Bila sampai waktu berbuka aku terus teguk Coke dalam 1/2 gelas kot. Tak perasan pulak diorang ada sediakan air sirap bandung. Lepas makan sebiji burger dan dua tiga ketul nugget, mata aku naik berpinar2, kepala rasa berpusing bukan lagi 360 darjah tapi lebih lagi kot....Rasa sesak sangat nafas ni, masa tu memang rasa macam dah nak pitam. Aku tarik tangan adik aku, minta dia tolong hantar ke toilet tapi mungkin dia tak perasan, so aku terpaksa menapak ke toilet sorang diri. Aku berdoa supaya aku tak jatuh pengsan. Sampai di toilet habis isi perut keluar, baru rasa lega. Ini semua gara2 Coke punya pasal la ni... perut kosong...tiba-tiba isi pulak dengan air bergas mana tak meletop... Dalam hati aku malu yang amat sangat bila terfikir...'kalaulah aku pengsan, orang mesti cakap aku belasah makanan sampai sesak nafas, orang utara cakap 'mentekedarah' (melantak) sampai tak ingat dunia. Tak ke malu tu..... Serik...serik...nasib baik tak pengsan. Apapun itu semua kenangan yang mengajar kita supaya lebih matang. So kalau nak makan tu...berpada-padalah ye terutamanya di bulan mulia ni. Pesanan untuk diri sendiri jugak.....

Alang-alang dah bercerita pasal bufet ni, kat sini ada senarai hotel yang telah mendapat sijil halal JAKIM, diambil dari akhbar KOSMO, 11 Ogos 2010. Yang lain-lain tu boleh rujuk balik di laman web ni okay.....


Lima Bintang
Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Hotel Evergreen Laurel, Pulau Pinang
Hotel Grand Dorsett Labuan, Sabah
Hotel Pan Pacific, KLIA
Hotel Legend, Kuala Lumpur
Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
Hotel Istana, Kuala Lumpur

Empat Bintang
Hotel Ancasa, Kuala Lumpur
Hotel Cititel, Pulau Pinang
Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur
Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
Hotel Armada, Petaling Jaya
Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
Hotel Ming Court, Kuala Lumpur
Hotel The Summit, USJ Subang
PNB Darby Park Executive Suites, Kuala Lumpur

Tiga Bintang
Hotel Brisdale International, Kuala Lumpur
Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
Hotel Seri Malaysia, Marang
Hotel KL, Kuala Lumpur
Hotel Nilai, Negeri Sembilan
Hotel PG, Kuala Lumpur
Hotel Puteri Park, Kuala Lumpur
Hotel Quality, Kuala Lumpur
Hotel Residence, Kajang
Hotel The Paramount, Sibu
Hotel Plaza, Kuala Lumpur

Dua Bintang
Hotel Seri Malaysia, Kuantan
Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Lain-lain
Falcon Point Sdn Bhd
KL Airport Sdn Bhd
KLI Hotel Management Sdn Bhd
Hotel Putra, Kuala Lumpur
Makana Catering
Hotel Midah, Kuala Lumpur
Hotel Corus, Kuala Lumpur
Hotel Quality City Centre
Hotel Residence Universiti Tenaga Nasional
Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Hotel Maluri
Hotel The Plaza, Kuala Lumpur
Hotel Empress, Sepang
Hotel Impian Morib
Hotel De Palma, Shah Alam
Hotel De Palma, Ampang
Hotel De Palma, Kuala Selangor
Hotel Holiday Villa, Subang
Hotel Concorde Inn, KLIA

Buatlah pilihan terbaik....agar kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.....

Monday, August 16, 2010

Keajaiban Sujud Dalam Solat.


Solat merupakan suatu kewajipan ke atas setiap hamba Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya melalui Nabi Muhammad SAW pada malam Isra' Mikraj dan kewajipan itu adalah sesuatu yang menakjubkan.
Pelbagai kajian dan perbincangan antara ilmuwan Islam dan para saintis telah dilakukan  dan tidak dapat disangkal yang setiap yang diperintahkan Allah itu ada hikmah yang tersembunyi.

Menurut kajian seorang pakar neurologi Amerika Syarikat, terdapat urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dapat dimasuki oleh darah sedangkan setiap inci otak kita memerlukannya. Daripada kajian tersebut didapati urat saraf otak memerlukan beberapa sukatan tertentu darah dan hanya dengan bersujud semasa bersolat 5 waktu seperti diwajibkan dalam Islam keperluan ini sudah dipenuhi. Jadi, kepada sesiapa yang tidak bersolat, walaupun otaknya dapat berfungsi dengan normal namun kekurangan darah ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan pada keadaan2 tertentu seperti mudah marah, mengamuk malah mungkin boleh melakukan sesuatu yang lebih drastik seperti membunuh atau bunuh diri. Namun sakit mental adalah sesuatu yang berbeza dan hanya Allah yang tahu rahsia di sebaliknya. Kerana kagum dengan keagungan ciptaan Allah itu beliau memeluk Islam dan membuka Pusat Perubatan Melalui Al-Quran. Kajian-kajiannya berteraskan Al-Quran termasuk berpuasa, madu lebah, black seed dan sebagainya. 

Antara kelebihan-kelebihan sujud adalah:
1. Memperbetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar dari tempat asalnya.
2. Memperbetulkan sistem peranakan wanita yang jatuh.
3. Melegakan penyakit hernia (angin pasang).
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid (tetapi bukanlah bersolat ketika haid tetapi amalan solat memperbetulkan sistem tubuh).
5. Melegakan ketegangan paru-paru.
6. Mengurang kesakitan pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan ketika bersujud merupakan posisi rehat paling baik untuk mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan  bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur untuk pesakit insomnia.
10. Pergerakan otot bahu, dada, leher,perut serta punggung ketika hendak bersujud dan bangun dari sujud.
11. Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik,secara automatiknya melancarkan perjalanan darah.
12. Menjadikan payudara wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan.
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan proses kelahiran bagi wanita mengandung dan organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit convulsions dan angin meroyan.
15. Organ terpenting iaitu otak menerima darah secukupnya.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika berlaku tekanan darah tinggi dan terhindar dari angin ahmar.
17. Secara psikologinya, sujud mewujudkan rasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta seterusnya mengikis sifat takbur, riak, sombong dan sebagainya.
(dipetik dari Arab News 1987 melalui Petanda Keagungan terbitan Knights Venture Marketing)

Namun, perlulah diingat bahawa solat sahaja tanpa penghayatan juga tidak cukup dalam Islam. Pastikan kita menghayati setiap pergerakan kita dalam solat terutamanya ketika sujud dan merasakan nikmatnya. Kalau setakat tonggang tonggek, laju pulak tu macam nak tak nak aje solat apa gunanya. Kalau kita boleh melambatkan pergerakan kita dalam senaman taichi kenapa tidak dalam solat. Jika kita boleh berpenat jogging beberapa kilometer kenapa tidak kerana Allah. Jika kita boleh bersengkang mata menonton bola di malam hari mengapa tidak berjaga malam untuk bertemu Pencipta kita.

Tetapi jika masih belum ada kesannya, jangan terus putus asa kerana kadang kala Allah ingin menduga hamba-Nya. Ada hikmah tersembunyi di sebaliknya, hanya Allah Maha Mengetahui, jadi rajin-rajinlah bersolat.... bukan wajib aje, sunat sekali tau...
Kalau nak mulakan sesuatu yang baik jangan lambat-lambatkan tambahan pulak sekarang Ramadhan, mulakanlah  solat sunat di waktu malam.....SELAMAT BERAMAL......


Saturday, August 14, 2010

Tragedi 3 Ramadhan 1431

Sedih...terkejut....insaf....semua perasaan timbul bila terdengar berita mengenai tragedi yang berlaku di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka semalam. 3 orang diberitakan terbunuh dalam kejadian angin kencang yang menyebabkan khemah jualan sempena bulan puasa itu runtuh dan menghempap mangsa. 18 mangsa lagi cedera. Ada kawan yang bekerja di Hospital Jasin menceritakan pengalamannya ketika mangsa2 di bawa ke sana....sedih....
Gerun bila melihat visual atap khemah yang berterbangan seperti kertas....Subhanallah... Nauzubillah....

Terima kasih kepada tuan empunya video ni yang berkongsi di Youtube....

Dan clip di bawah diperolehi dari facebook, jadi tak tau siapa empunya sebenar....terima kasih juga kerana berkongsi....



Semoga dengan paparan ini kita lebih dekat dengan Allah...kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu dan tiada daya manusia untuk menghalangnya. Kun fa ya kun.... Bermohonlah kita agar terlindung dari segala musibah namun ketahuilah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya, jadi janganlah menyalahkan takdir....mungkin ianya peringatan buat kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang meninggal dunia..Al-Fatihah. Dan kepada ahli keluarga mangsa semoga tabah menempuhi segala dugaan ini....Wallahualam.....

Thursday, August 12, 2010

Indahnya Lailatul Qadar


Hari ini hari kedua kita berpuasa, so topik biasa yang orang bincangkan adalah makanan walaupun sebenarnya adalah lebih afdhal jika kita melebihkan ibadat sepanjang bulan puasa ni. Jadi untuk mengambil yang lebih afdhal hari ini saya nak berkongsi tentang Kelebihan Bulan Ramadhan; Malam Lailatul Qadar.
Malam Lailatul Qadar adalah suatu malam di dalam bulan Ramadhan sebagai suatu malam istimewa kerana
1. Malam yang digambarkan di dalam Al-Quran sebagai malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
2. Malam ketetapan dan merupakan malam diturunkan Al-Quran.
3. Malam yang dikatakan sempit dengan kehadiran para malaikat kerana Jibrail akan turun ke bumi dan dengan izin Allah menjalankan urusan di muka bumi. Pintu rezeki dibuka seluasnya bagi mereka yang dikehendaki-Nya dan disempitkan bagi mereka yang dikehendaki-Nya.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan menurut hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Rasulullah SAW juga amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengan beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya. Rasulullah tetap berjaga malam untuk berqiamullail dan cuma tidur seketika sahaja walaupun baginda seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

* Menghayati malam tersebut dengan ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa serta beristigfar.
* Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
* Amal ibadah itu hendaklah ikhlas dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya bukan kerana ikut-ikutan atau menunjuk-nunjuk.

Jika Allah berkehendakkan seseorang itu menemui tandanya, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda bila berlaku malam Lailatul Qadar ialah :

* Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar akan melihat 'NUR' yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
* Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
* Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
* Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam Lailatul Qadar.


Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam  Lailatul Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.


Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus beribadat dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Janganlah leka menyiapkan biskut raya di akhir-akhir Ramadhan tapi berebut-rebutlah memenuhi masjid dan surau untuk terus bertarawih. Janganlah sibuk menghias rumah sehingga penat untuk berjaga malam di 10 malam terakhir. Lakukan dengan ikhlas Insyaallah ganjaran yang besar menanti kita.....

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan....


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.....
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak. Harap2 dapatlah kita beribadat hingga ke penghujungnya.
Ingatkan bersempena bulan puasa ni saya nak berkongsi sesuatu mengenai fadhilat solat terawih mengikut hari, tapi bila kaji2 balik tiada hadis yang sahih mengenainya. Suatu waktu dahulu pernah terbaca mengenainya tetapi ia dikatakan hadis yang dibuat2 kerana kepentingan pihak2 tertentu.... Wallahualam....
Apa-apapun tidak dapat dinafikan kelebihan bulan Ramadhan ini sebagai bulan ibadah kepada Allah SWT. Oleh itu, tak kiralah apa ganjarannya kita bermohonlah kepada-Nya untuk memberikan yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah maha mengasihani dan memberi.....yang penting ibadat kita ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Antara kelebihan Ramadhan adalah

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
Pertama 10 malam pertama: dipenuhi dengan rahmat Allah
Kedua 10 malam seterusnya: dipenuhi dengan keampunan dari Allah 
Ketiga 10 malam akhir: pembebasan dari siksa api neraka. \
( menurut sebuah kitab, semua hambaNya telah ditetapkan samada menjadi Ahli Syurga atau Ahli Neraka, oleh yg demikian , mana2 hambaNya yg memenuhi tuntutan di bulan Ramadhan, Ahli Neraka berkenaan akan ditukar menjadi Ahli Syurga )

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.


Wallahualam.....

Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat....


Semoga ibadat kita diterima dan mendapat rahmat Allah SWT, Insyaallah....



Tuesday, August 10, 2010

Bila Ajalmu....



Salam pertemuan buat semua....

Sekadar renungan bersama, nota ini saya perolehi dari Facebook seorang sahabat. Semoga saudara Muhammad Suhaidin mendapat rahmat Allah kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita semua....terima kasih diucapkan...




TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI




by Muhammad Suhaidin on Thursday, April 8, 2010 at 11:05am

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...


Wallahualam....
Terima Kasih sekali lagi kepada penulis nota ini; saudara  Muhammad Suhaidin.

Friday, August 6, 2010

Faham Pun!!

Lega rasanya hari ni....
Pagi tadi ada lagi orang hantar Promotion Guide kat kedai ni macam hari tu... Selak-selak terpandang iklan Wat Sami Siam yang pernah kucoretkan kat sini sebelum ni.
Nampaknya faham bahasa jugak diorang ni...ingat tau bahasa Siam je...


Nampaknya kali ni iklan diorang ni dah tak pakai gambar individu tertentu lagi, diorang dah tukar letak gambar tiket loteri tapi testimoni tetap guna nama orang Islam. Nak halang pun susah juga sebab memang ada pun orang yang nama aje Islam tapi kedai nombor ekor tu jadi tempat singgahan mereka. Harap2 kes salahguna gambar ni berhenti di sini saja dan tidak berulang lagi. Dan semoga kita terpelihara dari tipu daya syaitan dan manusia serta dijauhi dari kancah maksiat, judi dan khurafat sebegini. Nauzubillah....

Sekian saja laporan saya untuk kali ini, semoga bertemu lagi di lain masa....
Wassalam....

Thursday, August 5, 2010

DOA Senjata Muslim

Hari ini kita berkongsi sedikit ilmu mengenai doa ya....



Sabda Rasulullah SAW " Berdoa itu adalah ibadah" Hadis riwayat Abu Daud & At Tarmidzi

Syarat Berdoa:

1. Berdoa dengan hati yang ikhlas.
2. Bersih dari noda dan dosa termasuk memastikan makanan yang dimakan berpunca dari sumber yang halal.
3. Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
4. Bersangka baik dengan Allah, yakni yakin doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
5. Tidak berputus asa dan istiqamah dalam berdoa. Walaupun doa kita belum dimakbulkan, jangan berhenti berharap dan terus berdoa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.
6. Jangan berdoa dan meminta sesuatu yang tidak logik umpama mengharap duit jatuh dari langit kerana walaupun Allah berkuasa melakukan apa saja namun Allah membenci golongan yang tidak berusaha mendapatkan sesuatu yang diingini.

Adab Ketika Berdoa:

1. Bertaubat dan beristighfar dahulu sebelum berdoa. Lagi afdhal melakukan solat sunat taubat dahulu.
2. Memulakan doa dengan menyebut dan memuji Allah SWT.
3. Mengadap kiblat dengan rasa rendah diri.
4. Menadah tangan setinggi bahu.
5. Berdoa dengan suara yang lembut.
6. Menyusun kalimah doa dengan kata yang sederhana, tidak bersajak atau berlagu. Digalakkan berdoa dengan kalimah yang digunakan oleh Rasulullah terutamanya yang terdapat di dalam Al-Quran.
7. Menyebut dan mengulangi doa yang dihajatkan lebih dari 3 kali tanpa jemu dan bosan.
8. Akhiri doa dengan bacaan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Walaupun kita boleh berdoa di setiap masa namun ada waktunya yang afdhal untuk berdoa;

1. Pada bulan Ramadhan terutamanya malam Lailatul Qadar.
2. Waktu Wukuf di Arafah ketika menunaikan haji.
3. Hari Jumaat siang ataupun malam.
4. Ketika mendengar azan.
5. Di antara azan dan qamat ketika mengerjakan solat.
6. Semasa solat fardhu terutamanya ketika sujud terakhir.
7. Doa beramai-ramai ketika pengajian agama.
8. Ketika minum air zam-zam.

Orang Yang Dimakbulkan Doanya.

1. Doa orang terdesak.
2. Doa orang teraniaya.
3. Doa pemimpin yang adil.
4. Doa ibu bapa kepada anaknya.
5. Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya.
6. Doa orang yang berjasa kepada masyarakat.
7. Doa orang yang menjalin silaturrahim.
8. Doa sesama muslim.
9. Doa orang yang bermusafir kerana kebaikan.
10. Doa orang yang bertaubat menyesali dosanya.

Sebab-sebab Doa Tidak Diterima

Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama warak Ibrahim bin Adham ketika bermusafir ke Basrah, lalu orang bertanya kepadanya;
 " Apakah sebabnya nasib kami tidak berubah sedangkan kami selalu berdoa kepada Allah dan bukankah Dia berjanji akan mengabulkan doa hamba-Nya?"
Ibrahim bin Adham menjawab;
"Sebenarnya doa tidak termakbul kerana 10 sebab" :

1. Kamu kenal Allah tapi tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu berkata kamu cinta kepada Rasulullah SAW tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu mengaku syaitan itu musuh tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu percaya Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
6. Kamu yakin Neraka itu benar tetapi kamu tidak cuba lari terhumban ke dalamnya.
7. Kamu tahu mati itu benar tapi kamu tidak bersedia menghadapinya.
8. Kamu sibuk dengan aib orang lain namun terlupa dengan keaiban sendiri.
9. Kamu rasa segala nikmat ynag Allah kurniakan tetapi kamu tidak mensyukurinya.
10. Kamu mengebumikan mayat saudaramu tetapi tidak mengambil iktibar dari kematiannya.

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan terus berdoa kepada Allah SWT.....

Tuesday, July 20, 2010

Maksiat Akhir Zaman


Sekadar renungan bersama.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.

Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Nauzubillah....Semoga kita terpelihara daripada bencana.

Sunday, July 18, 2010

"I Love to Touch My.......".

Oppss....tajuknya sungguh merbahaya. Jangan salah anggap, tajuk tu saje je sebab saya nak join majlis pelancaran LG Cookies Monster Party. Ha?! Tak tau ke? LG akan melancarkan telefon bimbitnya yang terbaru, so kawan2 blogger yang berdaftar dengan Nuffnang berpeluang menyertainya....tapi ingat...party ni ada tema tau...kawan2 mesti datang berpakaian seperti MONSTER tau....Rawrrrr...





Hajat di hati memang nak pergi sangat2 sebab memang dah lama berkenan dengan LG Cookies series ni. Maklumlah touch screen, itulah yang menariknya. Sebab tu lah tajuk kat atas tu macam tu.... I Love To Touch My LG Cookies Screen sebab ianya mudah dikendalikan.... sehinggakan anak kecil berumur 2 tahun pun pandai menggunakannya. Anak saya memang suka handphone touch screen terutamanya masa nak main game. Kalau nak beli iPhone memang jangan haraplah...mahal sangat, dah le kena ada kontrak. Terasa macam tak bebas. Sekarang bila LG dah keluarkan LG Cookies, impian tidak lagi sekadar impian sebab telefonnya memang mampu dimiliki tanpa bebanan. Saya mesti pilih hehehe.....

Berbalik kepada party kita...nanti agak2 nak pakai baju apa ye? Yang pastinya mestilah nak nampak cun kan... Monster... monster jugak, tapi penampilan kena dijaga... So, kenalah jadi monster yang paling cantik hari tu...barulah ada peluang menang telefon dari LG tu.... Ya!! Kalau kita berpakaian yang menarik dan d'bomb...kita boleh menang hadiah istimewa....kawan2 bolehlah rujuk kembali laman web Nuffnang okay....

Jadi monster macam ni ok tak?!

Atau macam ni?

Apa-apapun, jom bersedia dari sekarang.....harap2 dapatlah tiket nak sertai party tu....hehehe....

And hope i win......

Thursday, July 15, 2010

Amazing Waterfall...

Semalam my husband and me marathon tengok DVD sebab smartcard astro tertinggal di rumah mak..huhuhu.... So kitaorang tengok cerita Jeniffer's Body dan Repoman.

Repoman tengok tak habis sebab dah mengantuk sangat. Rasa2nya kejap lagi kot sambung tengok.Tapi takut la tengok cerita ni...orang lain tarik kereta, dia tarik organ badan orang yang tak mampu bayar kos pembedahannya. Contohnya ada orang tu perlukan hati, tapi tak ada duit so ada satu syarikat ni yang tawarkan pinjaman untuk pembedahan hati. Tapi sampai satu2 masa bila si peminjam tak dapat bayar, si repoman ni la yang pergi ambil balik hati dia...pelikkan?!
Cerita Jeniffer's Body plak cerita hantu...tapi cerita hantu omputih takdelah takut sangat... Apa yang menarik perhatian saya ialah tempat kejadian dalam cerita tu. Nama tempatnya Devil's Kettle. Katanya...nama Devil's Kettle diambil daripada sebuah air terjun yang sangat pelik. So saya try google kat internet nama tempat ni....sekali memang wujud la.... Tapi cerita hantu tu rekaan ajelah...

Bahagian kanan airterjun mengalir seperti biasa manakala di bahagian kiri, alirannya memasuki lubang Devil's Kettle....
Devil's Kettle Fall terletak di  Judge Magney State Park, Minnesota. Ia dikatakan pelik kerana air terjunnya terbahagi kepada dua. Satu bahagian mengalir ke sungai seperti biasa dan satu bahagian lagi iaitu aliran di sebelah kiri menuju ke sebuah lubang dikenali sebagai  Devil's Kettle dan hilang begitu sahaja tanpa diketahui arah tujunya. Airnya dipercayai keluar ke Lake Superior melalui laluan bawah tanah tetapi maklumat terperincinya tidak diketahui.
 Lubang inilah yang dinamakan Devil's Kettle dan airnya tidak diketahui menuju ke mana....    
Para pengkaji memasukkan pewarna dan kayu2 yang ditanda melalui lubang itu tetapi tiada satupun yang dijumpai keluar dari situ. Ke mana agaknya aliran air itu pergi ya?? Agaknya macam lubang hitam kot....Misteri bukan?! Semuanya kuasa Allah....

Monday, July 12, 2010

Lagu Merapu Kembali

Rutin setiap pagi waktu hantar Nurin ke prasekolah semestinya layan Sinarfm. Rasa tak sah kalau pagi2 tak dengar celoteh SY, KE dan Krill. Dan yang paling dinantikan tentunya lagu merapu Mat Saleh.... I follow....

Start hari ni, teka lagu merapu kembali dengan hadiah yang lebih lumayan daripada yang lepas. Kalau dulu sampai lenguh2 tangan dok cuba dail, pastinya kali ni pun tak akan lepaskan peluang. Jeles bila dengar ada yang dapat Rm12000 masa tu... Mesti cuba juga, dapat tak dapat lain kira.... Yang pentingnya klu mesti kumpul, kalau tak pening gak nak teka....apa pun sama2lah kita cuba ye....mana tau ada rezeki....

Saturday, July 10, 2010

Unbelievable....believe it...

Semalam saja2lah buka laman web Ripley's Believe It Or Not...macam2 benda pelik2 yang ditemui di seluruh dunia. Tapi aku tak nak upload gambar yang tersangat pelik tu sebab mana tau kot ada ibu2 mengandung yang baca blog ni, takut terkejut plak... tak elok untuk perkembangan baby. Aku terbaca pasal Sinkhole, Guatemala. So, terpikir plak nak share ngan kawan2 mengenai 7 lubang yang menakjubkan di seluruh dunia....

1. Bingham Canyon Mine

Bingham Canyon Mine juga dikenali sebagai Kennecott Copper Mine, merupakan lombong tembaga yang terletak di Utah, USA, iaitu di pergunungan Oquirrh. Ia beroperasi sejak 1906, menghasilkan lubang sedalam 1.2 km, 4 km lebar dan melibatkan kawasan seluas 1,900 ekar (7.7 km²). Menurut Kennecot yang merupakan pengurus lombong ini, Bingham Canyon merupakan lubang buatan manusia terbesar di dunia.






2. Mirny Diamond Mine

Mirny Mine merupakan lombong berlian yang terletak di Mirny, Siberia Timur, Rusia. Ia berukuran 525 meter dalam dan berdiameter 1,200 meter,dan menjadi lubang buatan kedua terbesar selepas Bingham Canyon Mine. Ruang udara di atasnya ditutup untuk helikopter kerana berlaku beberapa kes helikopter tersedut masuk ke dalamnya kerana tarikan udara di dalamnya.






Anak panah merah menunjukkan perbandingan trak pengangkut besar dengan keseluruhan lombong.



3. Kimberley Big Hole

Merupakan sebuah lombong berlian di Kimberley, South Africa dan dikatakan sebagai lombong terbesar buatan manusia dan bukan menggunakan kapal korek. Ia melibatkan kawasan permukaan seluas 17 hektar (42 ekar) dan lebarnya 463 meter (1,519 kaki). Ia dikorek sedalam 240 meter , tetapi terkambus dengan tanah sehingga menjadikan kedalamannya 215 meter. Sejak itu ia dipenuhi air setinggi 40 meter menjadikan kedalaman lubang yang boleh dilihat 175 metres sahaja. Dari pertengahan Julai 1871 hingga 1914, seramai 50,000 pelombong mengorek lubang ini menggunakan alatan menggali dan memperolehi kira-kira 2,720 kilogram berlian. Ia ditutup pada tahun 1914 kerana sebab-sebab keselamatan dan produktiviti lombong tersebut.




Terdapat kontroversi yang mengatakan bahawa Big Hole bukanlah lombong terbesar buatan manusia kerana setelah kajian dibuat terdapat sebuah lagi lombong dikorek di Afrika Selatan iaitu Jagersfontein Mine. Big Hole diwar2kan sebagai yang pertama terbesar hanya sebagai tarikan pelancong.



4. Glory Hole, Monticello Dam

Lubang ini dibina di tasik Berryessa bersama-sama dengan empangan Monticello. Empangan ini merupakan empangan janakuasa elektrik seperti tasik Kenyir di Malaysia. Jika tasik Kenyir menggunakan alur limpah untuk mengalirkan air yang berlebihan, Empangan Monticello menggunakan Glory Hole untuk tujuan yang sama.
Keluasan lubang paling besar adalah 72 kaki dan mengecil kepada kira2 28 kaki. Ia dibina bagi menampung air sebanyak 362,000 gelen sesaat iaitu ketika paras air tasik meningkat 15.5 kaki di atas paras lubang tersebut.












5. Great Blue Hole, Belize

Great Blue Hole merupakan lubang yang terbentuk secara semulajadi disebabkan aktiviti bumi di perairan Belize. Terletak di tengah-tengah Lighthouse Reef, iaitu pulau batu karang, 70 kilometer dari daratan dan bandar Belize. Ianya berbentuk bulat berdiameter lebih 300 meter dan 125 meter dalam.



Merupakan salah satu tempat tercantik untuk melakukan aktiviti scuba diving...



6. Diavik Mine, Canada

Diavik Diamond Mine merupakan lombong berlian diamond terletak di North Slave Region , Canada, lebih kurang 300 kilometer utara Yellowknife. Ia menjadi antara sumber ekonomi utama dan menghasilkan 8 juta karat (1600kg) berlian setahun.






7. Sinkhole Guatemala

Lubang ini terhasil disebabkan mendapan air. Kejadian ini benar2 menggemparkan dunia terutamanya penduduk Guatemala. Ianya selebar 18 meter dan kedalamannya bersamaan bangunan 30 tingkat.



Bandingkan saja saiznya dengan Statue Of Liberty...





Wednesday, July 7, 2010

Selamat Tinggal Alergi...

Hari ini topik yang ingin ku kongsi bersama teman adalah alahan atau alergi. Alahan adalah keadaan tindak balas badan terhadap alergen seperti habuk,makanan laut, bisa serangga atau makanan tertentu. Setiap individu alah kepada benda yang berbeza dan reaksinya juga berbeza. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan membebaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin untuk menghapuskan alergen berkenaan. Bagi individu mengalami masalah alahan, badan mereka menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan gejala gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema. Sementara kanak-kanak pula sering mengalami sembelit, cirit-birit, muntah dan kembung perut, sukar tidur, resah, gelisah, tidak selesa serta pertumbuhan yang lambat.

Aku juga mengalami masalah alahan sejak kecil. Kerana alahan aku terpaksa mengata tidak kepada makanan kegemaranku, tak lain tak bukan makanan laut seperti ketam,udang dan sotong. Bukan saja makan, kalau pegang pun tangan dah mula gatal. Inilah yang ingin kukongsi bersama:

2 tahun yang lepas aku dikenalkan dengan sejenis makanan tambahan yang dikenali Transfer Factor 4Life. Transfer Factor bertindak memperbetulkan sistem tubuh agar tidak celaru mengenai alergen. Ia bertindak memperbaiki sistem imunisasi tubuh. Kiranya dia ni macam cikgu la...mengajar balik badan kita supaya tak bermusuh tak tentu pasal. Bila badan kita dah kenal seafood tu bukan musuh takde la reaksi alergi.



Produk ini ternyata berkesan untukku. Setelah mengamalkannya selama sebulan, aku tidak lagi mengalami reaksi alahan dan boleh makan makanan laut. Tetapi harganya agak mahal, sebotol dalam RM170. Walaubagaimanapun jika rakan pembaca mampu, amatlah berbaloi untuk mencubanya. Kini,walaupun sudah hampir setahun tidak makan ubat ni pun kesannya masih ada...aku masih boleh menikmati makanan laut, cuma lagi baik kalau teruskan makan sebab ia bukan saja memperbaiki sistem tubuh malah menjadikan kita lebih sihat dan bebas penyakit merbahaya. Kanak-kanak pun digalakkan makan untuk membina ketahanan tubuh terhadap penyakit...maklumlah sekarang ni musim H1N1 dan penyakit2 lain....

Produk ni juga baik untuk pesakit kencing manis yang mengalami masalah luka. Proses luka sembuh menjadi lebih cepat, so takdelah merebak dan terpaksa dipotong. Untuk kebaikan lain tak tau lah pulak keberkesanannya, tapi untuk alergi dan luka kencing manis, memang confirm sebab aku dan ahli keluargaku alami sendiri. Kalau berminat, bolehlah dapatkannya. Saya juga boleh mendapatkannya untuk rakan pembaca.

Sunday, July 4, 2010

Permata Hijrah....Di mana silapnya....




Saya terpanggil untuk menulis berkaitan Permata Hijrah kerana masih ada yang bertanya kenapa produk ini masih berada di pasaran walaupun sudah dihentikan Kementerian Kesihatan...

Apapun baca dulu artikel berita ini:

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menarik balik 27 produk kosmetik keluaran empat pengilang barang kosmetik tempatan daripada pasaran kerana menotifikasikan produk kosmetik di luar takrifan kosmetik.

Antara produk yang ditarik balik adalah toner mata Permata Hijrah Ainun keluaran Seri Ummi Sdn Bhd, Ainun Syifa toner mata keluaran Yamni Industries Sdn Bhd, Ainun toner mata keluaran Al-Jabbar Manufacturing Sdn Bhd dan Alkaline Theraphy Pearl Extract keluaran Permata Hijrah Resources.

Menurut satu kenyataan kementerian, produk-produk itu ditarik balik daripada pasaran kerana dinotifikasikan sebagai barangan kosmetik tetapi disalahgunakan apabila cara penggunaannya dengan menitiskannya ke dalam mata.

"Produk-produk yang digunakan dengan cara menitis ke dalam mata dan produk untuk dititiskan ke dalam hidung adalah di luar takrifan kosmetik dan sepatutnya dikawal sebagai produk farmaseutikal.

"Produk yang diklasifikasikan sebagai bahan kosmetik sama sekali tidak dibenarkan digunakan untuk tujuan merawat sebaliknya ia hanya persediaan untuk digunakan pada anggota luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, kuku, bibir, bagi tujuan mencantikkan, melindungi dan menghilangkan bau badan," katanya.

Katanya produk berkenaan sepatutnya dikilangkan di premis pengilangan bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan perlu mempunyai kelengkapan spesifik untuk mengeluarkan produk 'steril'.

Produk yang dinotifikasi sebagai kosmetik itu tidak memenuhi keperluan berkenaan, menurut kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati semasa mendapatkan produk kosmetik di pasaran dan perlu lebih bijak memilih produk sesuai dengan mereka serta tidak terpengaruh dengan testimoni yang diiklankan pengeluar.

-- BERNAMA

Ramai yang tak tahu atau tak perasan tentang kewujudan artikel ini, tambahan pulak dengan iklan permata hijrah yang begitu meluas. Kadang2 bila kita menulis, ada yang beranggapan kita cuba menabur pasir di dalam periuk nasi orang. Namun ini sebenarnya pendapat peribadi saya sebagai seorang optometris. Ada pula yang fikir saya ni berat sebelah, tapi cubalah renung2kan ya....

Tidak terniat langsung untuk memburukkan pihak permata hijrah apatah lagi bermusuh sesama islam cuma silapnya mungkin kerana langkah promosi yang diambil untuk menarik perhatian pembeli. Permata Hijrah boleh mengubati penyakit mata....itu saya tak nak komenlah sebab saya pun bukannya doktor yang pakar mengenai penyakit mata, cukuplah jika saya memberi pendapat mengenai keberkesanan permata hijrah menurunkan rabun seseorang...BENARKAH!!!

Mungkin Kementerian Kesihatan patut menyahut cabaran pihak permata hijrah bukan sahaja untuk membuktikan produk itu selamat malah untuk memastikan keberkesanannya seperti yang diwar2kan dalam iklan dan testimoninya. Bagi saya selamat itu mungkin benar tapi berkesan atau tidak itu yang dipersoalkan. Kementerian pengguna juga mungkin patut terlibat kerana jika iklannya berunsur penipuan, tindakan patut diambil.

Saya bukan bercakap kosong tetapi setakat ini beberapa pelanggan telah datang berjumpa saya untuk membuat pemeriksaan mata setelah menggunakan permata hijrah. Agak mengejutkan bila tahap kerabunan mereka bukannya berkurang malah semakin meningkat. Dan jika benar pun permata hijrah dapat mengurangkan kerabunan mata di mana rasionalnya jika setiap bulan pelanggan terpaksa menukar kanta cermin mata kerana 'power' spec mereka sudah tidak lagi bersesuaian. Sudahlah spray/toner mata nak kena beli (bukannya murah) 'power' spec pulak nak kena tukar. Baik kumpul duit pergi buat lasik jer...esoknya dah terang mata....

Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya....tapi bagi saya testimonial penguna yang saya baca juga agak meragukan...mungkin di kalangan pengguna tiada yang peliknya tapi bagi kami yang terlibat dengan bidang ini, ada keraguan munasabah yang boleh dipertikaikan....