Thursday, August 5, 2010

DOA Senjata Muslim

Hari ini kita berkongsi sedikit ilmu mengenai doa ya....



Sabda Rasulullah SAW " Berdoa itu adalah ibadah" Hadis riwayat Abu Daud & At Tarmidzi

Syarat Berdoa:

1. Berdoa dengan hati yang ikhlas.
2. Bersih dari noda dan dosa termasuk memastikan makanan yang dimakan berpunca dari sumber yang halal.
3. Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
4. Bersangka baik dengan Allah, yakni yakin doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
5. Tidak berputus asa dan istiqamah dalam berdoa. Walaupun doa kita belum dimakbulkan, jangan berhenti berharap dan terus berdoa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.
6. Jangan berdoa dan meminta sesuatu yang tidak logik umpama mengharap duit jatuh dari langit kerana walaupun Allah berkuasa melakukan apa saja namun Allah membenci golongan yang tidak berusaha mendapatkan sesuatu yang diingini.

Adab Ketika Berdoa:

1. Bertaubat dan beristighfar dahulu sebelum berdoa. Lagi afdhal melakukan solat sunat taubat dahulu.
2. Memulakan doa dengan menyebut dan memuji Allah SWT.
3. Mengadap kiblat dengan rasa rendah diri.
4. Menadah tangan setinggi bahu.
5. Berdoa dengan suara yang lembut.
6. Menyusun kalimah doa dengan kata yang sederhana, tidak bersajak atau berlagu. Digalakkan berdoa dengan kalimah yang digunakan oleh Rasulullah terutamanya yang terdapat di dalam Al-Quran.
7. Menyebut dan mengulangi doa yang dihajatkan lebih dari 3 kali tanpa jemu dan bosan.
8. Akhiri doa dengan bacaan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Walaupun kita boleh berdoa di setiap masa namun ada waktunya yang afdhal untuk berdoa;

1. Pada bulan Ramadhan terutamanya malam Lailatul Qadar.
2. Waktu Wukuf di Arafah ketika menunaikan haji.
3. Hari Jumaat siang ataupun malam.
4. Ketika mendengar azan.
5. Di antara azan dan qamat ketika mengerjakan solat.
6. Semasa solat fardhu terutamanya ketika sujud terakhir.
7. Doa beramai-ramai ketika pengajian agama.
8. Ketika minum air zam-zam.

Orang Yang Dimakbulkan Doanya.

1. Doa orang terdesak.
2. Doa orang teraniaya.
3. Doa pemimpin yang adil.
4. Doa ibu bapa kepada anaknya.
5. Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya.
6. Doa orang yang berjasa kepada masyarakat.
7. Doa orang yang menjalin silaturrahim.
8. Doa sesama muslim.
9. Doa orang yang bermusafir kerana kebaikan.
10. Doa orang yang bertaubat menyesali dosanya.

Sebab-sebab Doa Tidak Diterima

Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama warak Ibrahim bin Adham ketika bermusafir ke Basrah, lalu orang bertanya kepadanya;
 " Apakah sebabnya nasib kami tidak berubah sedangkan kami selalu berdoa kepada Allah dan bukankah Dia berjanji akan mengabulkan doa hamba-Nya?"
Ibrahim bin Adham menjawab;
"Sebenarnya doa tidak termakbul kerana 10 sebab" :

1. Kamu kenal Allah tapi tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu berkata kamu cinta kepada Rasulullah SAW tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu mengaku syaitan itu musuh tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu percaya Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
6. Kamu yakin Neraka itu benar tetapi kamu tidak cuba lari terhumban ke dalamnya.
7. Kamu tahu mati itu benar tapi kamu tidak bersedia menghadapinya.
8. Kamu sibuk dengan aib orang lain namun terlupa dengan keaiban sendiri.
9. Kamu rasa segala nikmat ynag Allah kurniakan tetapi kamu tidak mensyukurinya.
10. Kamu mengebumikan mayat saudaramu tetapi tidak mengambil iktibar dari kematiannya.

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan terus berdoa kepada Allah SWT.....

1 comment: