Wednesday, August 11, 2010
Marhaban Ya Ramadhan....
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.....
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak. Harap2 dapatlah kita beribadat hingga ke penghujungnya.
Ingatkan bersempena bulan puasa ni saya nak berkongsi sesuatu mengenai fadhilat solat terawih mengikut hari, tapi bila kaji2 balik tiada hadis yang sahih mengenainya. Suatu waktu dahulu pernah terbaca mengenainya tetapi ia dikatakan hadis yang dibuat2 kerana kepentingan pihak2 tertentu.... Wallahualam....
Apa-apapun tidak dapat dinafikan kelebihan bulan Ramadhan ini sebagai bulan ibadah kepada Allah SWT. Oleh itu, tak kiralah apa ganjarannya kita bermohonlah kepada-Nya untuk memberikan yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah maha mengasihani dan memberi.....yang penting ibadat kita ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Antara kelebihan Ramadhan adalah
(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
(iii) Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
Pertama 10 malam pertama: dipenuhi dengan rahmat Allah
Kedua 10 malam seterusnya: dipenuhi dengan keampunan dari Allah
Ketiga 10 malam akhir: pembebasan dari siksa api neraka. \
( menurut sebuah kitab, semua hambaNya telah ditetapkan samada menjadi Ahli Syurga atau Ahli Neraka, oleh yg demikian , mana2 hambaNya yg memenuhi tuntutan di bulan Ramadhan, Ahli Neraka berkenaan akan ditukar menjadi Ahli Syurga )
(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
Wallahualam.....
Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat....
Semoga ibadat kita diterima dan mendapat rahmat Allah SWT, Insyaallah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment