Wednesday, August 18, 2010

Bufet Ramadhan Halal

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali tibanya Ramadhan banyak pengusaha makanan yang menganjurkan Bufet Ramadhan tak kira hotel atau restoran termasuklah yang tak ada sijil halal pun hidangkan makanan untuk orang berbuka puasa...macam mana tu?! Jadi sebagai kita sebagai insan yang diberi akal, fikirlah dan buat pilihan yang tepat. Pastikan makanan yang disajikan benar-benar HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging. Pastikan juga tempat kita nak berbuka tu ada disediakan surau, supaya tidak terlepas waktu solat Maghrib pulak nanti....Makan, makan juga...Solat jangan tinggal....

Bagi diriku agak serik juga untuk makan secara bufet di bulan Ramadhan ni. Bukan sebab tempat yang aku pergi tu tak halal, McDonalds aje pun bukan hotel tapi disebabkan satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Perkara ni berlaku 5-6 tahun lepas. Masa tu anak pun baru seorang, so bila adik-adik ajak pergi bufet Ramadhan McDonalds aku pun ikut la sekali. Biasalah bila puasa ni memanglah dahaga. Bila sampai waktu berbuka aku terus teguk Coke dalam 1/2 gelas kot. Tak perasan pulak diorang ada sediakan air sirap bandung. Lepas makan sebiji burger dan dua tiga ketul nugget, mata aku naik berpinar2, kepala rasa berpusing bukan lagi 360 darjah tapi lebih lagi kot....Rasa sesak sangat nafas ni, masa tu memang rasa macam dah nak pitam. Aku tarik tangan adik aku, minta dia tolong hantar ke toilet tapi mungkin dia tak perasan, so aku terpaksa menapak ke toilet sorang diri. Aku berdoa supaya aku tak jatuh pengsan. Sampai di toilet habis isi perut keluar, baru rasa lega. Ini semua gara2 Coke punya pasal la ni... perut kosong...tiba-tiba isi pulak dengan air bergas mana tak meletop... Dalam hati aku malu yang amat sangat bila terfikir...'kalaulah aku pengsan, orang mesti cakap aku belasah makanan sampai sesak nafas, orang utara cakap 'mentekedarah' (melantak) sampai tak ingat dunia. Tak ke malu tu..... Serik...serik...nasib baik tak pengsan. Apapun itu semua kenangan yang mengajar kita supaya lebih matang. So kalau nak makan tu...berpada-padalah ye terutamanya di bulan mulia ni. Pesanan untuk diri sendiri jugak.....

Alang-alang dah bercerita pasal bufet ni, kat sini ada senarai hotel yang telah mendapat sijil halal JAKIM, diambil dari akhbar KOSMO, 11 Ogos 2010. Yang lain-lain tu boleh rujuk balik di laman web ni okay.....


Lima Bintang
Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Hotel Evergreen Laurel, Pulau Pinang
Hotel Grand Dorsett Labuan, Sabah
Hotel Pan Pacific, KLIA
Hotel Legend, Kuala Lumpur
Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
Hotel Istana, Kuala Lumpur

Empat Bintang
Hotel Ancasa, Kuala Lumpur
Hotel Cititel, Pulau Pinang
Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur
Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
Hotel Armada, Petaling Jaya
Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
Hotel Ming Court, Kuala Lumpur
Hotel The Summit, USJ Subang
PNB Darby Park Executive Suites, Kuala Lumpur

Tiga Bintang
Hotel Brisdale International, Kuala Lumpur
Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
Hotel Seri Malaysia, Marang
Hotel KL, Kuala Lumpur
Hotel Nilai, Negeri Sembilan
Hotel PG, Kuala Lumpur
Hotel Puteri Park, Kuala Lumpur
Hotel Quality, Kuala Lumpur
Hotel Residence, Kajang
Hotel The Paramount, Sibu
Hotel Plaza, Kuala Lumpur

Dua Bintang
Hotel Seri Malaysia, Kuantan
Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Lain-lain
Falcon Point Sdn Bhd
KL Airport Sdn Bhd
KLI Hotel Management Sdn Bhd
Hotel Putra, Kuala Lumpur
Makana Catering
Hotel Midah, Kuala Lumpur
Hotel Corus, Kuala Lumpur
Hotel Quality City Centre
Hotel Residence Universiti Tenaga Nasional
Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Hotel Maluri
Hotel The Plaza, Kuala Lumpur
Hotel Empress, Sepang
Hotel Impian Morib
Hotel De Palma, Shah Alam
Hotel De Palma, Ampang
Hotel De Palma, Kuala Selangor
Hotel Holiday Villa, Subang
Hotel Concorde Inn, KLIA

Buatlah pilihan terbaik....agar kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.....

No comments:

Post a Comment