Showing posts with label Oh Anakku. Show all posts
Showing posts with label Oh Anakku. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

Kami Menang!!

Happy sungguh hari ni......benda yang tak dirancang tiba2 berakhir dengan penuh kepuasan dan kegembiraan. Dah lebih kurang seminggu berlangsungnya Ekspo Hartanah PKNS di SACC Mall, tapi kami tak berkesempatan pun nak singgah....lagipun bukannya ada duit berkepok2 untuk beli hartanah ni... Tapi petang tadi aku terima panggilan dari adikku Wahdi. Dia ajak aku join pertandingan melukis poster berkeluarga sempena ekspo tu. Yang kalutnya dia call lagi 15 minit nak mula. Aduh....macamana ni, sempat ke?!
Kami pun terus bersiap dan bertolak ke SACC Mall. Handphone asyik berdering, Wahdi call tanya kami kat mana sebab nama dah dipanggil, takut disqualify pulak sebab bilangan kumpulan terhad kepada 5 sahaja. Dengan terkocoh2 aku menarik tangan anak2 sebaik kereta hubby berhenti depan SACC. Alhamdulillah...pertandingan baru je bermula dan masih ada tempat untuk kami. Dengan takde briefing aku mula cari idea...tapi susahnya nak pikir masa kelam kabut macam tu. Anak2...apalah yang diorang boleh pikir selain menurut aje. Kami pun mulalah melukis, masa diberikan 1 jam. Mama lukis satu...Farhat lukis satu... Aufa ngan Nurin tolong warnakan.
Nurin tengah mewarna. Ayah sempat jenguk sekejap aje sebab kena balik kedai, ada customer...
Aufa pun nak warna jugak...

Dekat2 nak habis masa...tinggal aku sorang aje yang dok melukis sebab budak2 dah sibuk kejar badut minta belon...haru sungguh....Mujur Dhiaa datang tolong sikit2 sebab penganjur kata boleh memandangkan aku tinggal keseorangan masa tu. Selesai melukis, penganjur minta seorang wakil untuk buat presentation. Aku segan la pulak nak berucap2 ni, so aku suruh Farhat aje berucap, nasib baik dia nak dan betul2 sporting la....
Farhat tengah buat presentation...
Posing sebelum pengumuman pemenang...
Aufa tak nak letak poster ni...jenuh kena pujuk...

Tiba masanya mengumumkan pemenang. Kami rilek je sebab tengok presentation orang lain macam best aje..tapi tiba2 nama kami diumum tempat kedua. Terkejut jugaklah sebab tak sangka boleh menang...ingatkan saguhati aje.
Yippie...kami menang.....

Wahdi and the gang pulak dapat 1st prize. Tapi diorang ni memang tak heranlah sebab masing2 memang suka melukis, Wahdi, Amal Hayati n Haikal dan Amal Ruhi....
Wahdi n d' Gang...mana aci, diorang besar2, Haikal aje kecik sorang....

Memang enjoy sangat... budak2 pun happy dapat hamper. Nampaknya kami rembat dua2 hadiah utama...jangan marah ye.....hehehe...
posing sebelum balik....
Sempat berposing dengan Upin...
Kat umah posing lagi.....

Syukur....dengan apa yang Allah berikan. Semoga lain kali berpeluang lagi....

Saturday, July 24, 2010

Fanatik Buzz Lightyear



Kalau dah minat tu...macam-macam hal. Kali ni aku nak bercerita pasal Toy Story. Cerita ni memang ramai peminatnya... bukan hanya minat nak tengok wayang ke DVD ke tapi minat jugak dengan barangan permainannya.



Woody, Buzz, Jessie dan kawan2 kini kembali di dalam TOY STORY 3. Cerita ni dah lama ditayangkan di panggung... cuma aku baru terfikir nak buat entry pasal ni... Andy sekarang dah besar dan akan memasuki kolej. Dia terpaksa meninggalkan barang2 mainannya. Kisah pengembaraan bermula apabila barang2 mainan Andy yang sepatutnya di simpan di loteng rumah secara tidak sengaja didermakan ke Sunnyside Daycare Center dan menjadi bahan permainan kanak2 di situ... Kemunculan watak Lotso Bear menambahkan lagi aksi dalam filem tu. Memang seronoklah menonton... babak yang menyentuh hati pun ada. Bila tengok cerita ni teringat balik kepada barang mainan anak2 kita. Walaupun cerita kartun tapi ada realitinya terutamanya mainan yang habis dikerjakan budak2...



Tapi nampaknya populariti Buzz Lightyear lagi menyerlah daripada heronya Woody. Bukan tak minat Woody tapi mungkin wataknya biasa jika dibandingkan dengan Buzz yang lebih 'adventurous'.

Anak2ku tidak terkecuali.... Ingatkan nak suruh Aufa beli Latso sebab bearnya berbau wangi macam strawberi sama macam dalam filem tu tapi dia watak jahat la pulak.... So, pujuk Aufa beli Jessie, tapi tetap nak Buzz Lightyear jugak... Ini Aufa dengan Buzz Lightyearnya yang baru walaupun yang lama dah ada.

 
Tidak cukup dengan itu, adikku Dhiaaul Amal yang nak SPM tahun ni pun....sama jugak!! Tapi dia beli yang hebat sikit la... yang ada suara punya, Buzz Lightyear Movie Collection;

                                                                                 
Tengok tu...bukan baca buku, dok study pasal Buzz Lightyear la pulak....


Tapi...yang ni lagi teruk....dah besar pun minat jugak.....


Nama dia ni sebenarnya Steve Bolton, 26. Tapi sebab nak membuktikan yang dia ni peminat setia Toy Story, dia sanggup pergi ubah nama dia kepada Buzz Lightyear secara rasminya.












Menurut Newslite.tv, mekanik dari West Bromwich ini berkata dia amat menyukai dua filem Toy Story yang terdahulu dan ingin melakukan sesuatu yang istimewa di majlis pelancaran Toy Story 3.







Dia juga menukarkan namanya pada kredit kad, pasport dan bil2.










Inilah yang dikatakan peminat fanatik.

Pelik kan?! Credit to Newslite.tv....

Wednesday, July 14, 2010

Chocolate Chips Cookies

Semalam masa nak ambil Farhat dari sekolah, tangan Aufa tercedera. Dia terpegang ekzos motor yang parking kat sebelah kereta. Melecur dua jari tangan dia. Apalagi menangis tak henti-henti....so mama janji ngan dia nak buat chocolate chips cookies yang dia suka.

Kesian Aufa...nampak tak jari dia dah mengelembung tu...sakit...huhuhu...
Lepas solat Maghrib, mama pun mulalah mem'baking'. Jadi, jom share resepinya
Chocolate Chips Cookies ala-ala Famous Amos

Bahan2
1 cawan butter
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 gram chocolate chips
1 cawan kekacang cincang (optional)

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Tambahkan esen vanilla.
2. Tambahkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan adunkan bahan2 bersama2.
3. Masukkan chocolate chips. Kalau nak rasa kacang2 sikit. Boleh tambah kekacang (walnut ke, almond ke atau hazelnut yang dicincang kasar). Sebatikan dan digaul rata.
4. Sudukan ke dalam loyang. Jangan terlalu besar saiz adunannya. Jarak2kan sikit sebab cookies ni akan kembang.
5. Bakar pada suhu 170 darjah celcius antara 10-15 minit mengikut kesukaan masing2, sebab ada yang suka terhangus sikit ada yang suka just nice....
Sebenarnya resepi ni sekadar mendapat gambaran kasar cara2 nak menghasilkan cookies ni. Tapi kita boleh ubah2 ikut suka kita sebab sekali cuba tak cukup untuk menghasilkan cookies yang benar2 menjadi. Di bawah ada sikit tips yang saya guna untuk melazatkan lagi cookies kita.
Tips yang boleh membantu;
1. Kalau nak sedap jangan gantikan butter dengan lepa susu ke, marjerin ke, mentega ke...tapi kalau nak jugak terpulanglah...
2. Boleh gantikan tepung2 dengan 250 gram butter cake mix, so tak payah pakai soda dan baking powder. Tapi tepung naik sendiri taruk jugak okay....kurangkan gula sebab dalam cake mix tu dah ada gula.
3. Kalau tak nak pakai telur, tukarkan dengan mayonis...mmm...mesti lebih lazat...saya buat yang ni...Kalau dah pakai mayonis boleh kurangkan butter.
4. Gunakan chocolate chip yang bermutu supaya dia melt ketika dibakar...tapi hati2 jangan sampai hangus plak...
5. Kalau boleh sejukkan adunan dalam peti sejuk sebentar sebelum dibakar dan loyang mestilah tidak panas ketika nak letak adunan. Ini boleh mengelakkan cookies kita hangus kat tepi2 dia.
6. Kalau nak sedap lagi tambahkan 2 cawan oat yang dikisar ke dalam adunan (sukat dulu baru kisar). Kalau dah tambah oat, adjust2 le sikit sukatan tepung supaya tak terlampau keras.
7. Selalunya resepi cookies ni manis sebab nak jadikan dia rangup dan cair dalam mulut, tapi untuk kesihatan boleh kurangkan sikit gula okay....
8. Ketika mengadun bahan jangan overmix nanti tak naik, terbantut la pulak.....
9. Kalau nak masukkan kekacang, pastikan kacangnya pun berkualiti dan tak berbau hapak, kalau tak spoil aje cookies kita....
10. Buatlah banyak kali sebab kadang2 setiap kali buat kita ubah itu ini so ia menjadi sebagai R&D kita untuk mendapat perfect cookies ye tak?!
Selamat mencuba....kalau ada sebarang komen bolehlah tulis ye....i like.....

Saturday, July 3, 2010

Hari Terbuka Sekolah


Hari ni sekolah Farhat buat hari untuk ibu bapa tandatangan report card. Walaupun Farhat baru darjah satu, mama ngan ayah berdebar2 nak tau keputusan Farhat, maklumlah di rumah asyik main je....Bila dah jumpa cikgu dapatlah tahu prestasi Farhat dalam kelas. Lega bila tengok keputusan Farhat...dia dapat nombor 3 dari 35 orang. Oklah sebab peperiksaan lepas dapat no 5. Farhat score 100 dalam 3 subjek. 7A 2B. Nampaknya anak mama ni memang tak berseni. Dua2 subjek yang dapat B tu subjek seni, muzik dan lukisan. Tapi Farhat.....cikgu cakap tulisan Farhat cakar ayam... macamana tu? Farhat pun pak lawak dalam kelas. Harap2 anak mama boleh kekalkan prestasi dan jangan main2. Mungkin anak lelaki sukar dikawal tapi dari kecillah perlu kita bentuk. Apapun mama bangga dengan Farhat......