Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Halal Ke?

Sekadar renungan untuk umat Islam dan saya cuma menjalankan tanggungjawab untuk berkongsi apa yang telah dikaji. Kepada semua pembaca, jangan mudah melenting dengan pendedahan ini. Terpulanglah kepada waras akal masing-masing untuk memilih yang terbaik dan HALAL. Mungkin sukar untuk kita terima kenyataan kerana perkara ini tidak didedahkan secara meluas di kaca TV mahupun surat khabar untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu namun kita sebagai umat Islam wajib mengambiltahu perkara sebegini. Bermula sekarang, carilah alternatif agar kita tidak terus menggunakan produk yang tidak disahkan HALAL....

Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya
1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut  Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberitahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Di atas Terutama Pakaian Sembahyang.  Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!

Saya sendiri masih tertanya-tanya benarkah kajian yang dilakukan ini dan kenapa tidak dihebahkan. Apapun untuk menghilangkan segala keraguan bolehlah kita merujuk kepada pihak JAKIM. Jika mereka sudah mengesahkan ia halal, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi kerana mereka adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab persoalan halal haram. Di laman web mereka juga kita boleh bertanya soalan dan membuat aduan. Gunakanlah laman web itu sebaik mungkin.

Ada juga produk yang tersenarai,ada logo halal Jakim tersenarai contohnya Maggi, KFC, McDonalds dll, jadi bolehlah rujuk semula di sini:
http://www.halal.gov.my

Untuk maklumat yang lebih lanjut, bolehlah merujuk di sini....Wallahualam. 

Namun, jika kita masih ragu-ragu...eloklah ditinggalkan kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui.... Wallahualam.....

Monday, August 16, 2010

Keajaiban Sujud Dalam Solat.


Solat merupakan suatu kewajipan ke atas setiap hamba Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya melalui Nabi Muhammad SAW pada malam Isra' Mikraj dan kewajipan itu adalah sesuatu yang menakjubkan.
Pelbagai kajian dan perbincangan antara ilmuwan Islam dan para saintis telah dilakukan  dan tidak dapat disangkal yang setiap yang diperintahkan Allah itu ada hikmah yang tersembunyi.

Menurut kajian seorang pakar neurologi Amerika Syarikat, terdapat urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dapat dimasuki oleh darah sedangkan setiap inci otak kita memerlukannya. Daripada kajian tersebut didapati urat saraf otak memerlukan beberapa sukatan tertentu darah dan hanya dengan bersujud semasa bersolat 5 waktu seperti diwajibkan dalam Islam keperluan ini sudah dipenuhi. Jadi, kepada sesiapa yang tidak bersolat, walaupun otaknya dapat berfungsi dengan normal namun kekurangan darah ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan pada keadaan2 tertentu seperti mudah marah, mengamuk malah mungkin boleh melakukan sesuatu yang lebih drastik seperti membunuh atau bunuh diri. Namun sakit mental adalah sesuatu yang berbeza dan hanya Allah yang tahu rahsia di sebaliknya. Kerana kagum dengan keagungan ciptaan Allah itu beliau memeluk Islam dan membuka Pusat Perubatan Melalui Al-Quran. Kajian-kajiannya berteraskan Al-Quran termasuk berpuasa, madu lebah, black seed dan sebagainya. 

Antara kelebihan-kelebihan sujud adalah:
1. Memperbetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar dari tempat asalnya.
2. Memperbetulkan sistem peranakan wanita yang jatuh.
3. Melegakan penyakit hernia (angin pasang).
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid (tetapi bukanlah bersolat ketika haid tetapi amalan solat memperbetulkan sistem tubuh).
5. Melegakan ketegangan paru-paru.
6. Mengurang kesakitan pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan ketika bersujud merupakan posisi rehat paling baik untuk mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan  bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur untuk pesakit insomnia.
10. Pergerakan otot bahu, dada, leher,perut serta punggung ketika hendak bersujud dan bangun dari sujud.
11. Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik,secara automatiknya melancarkan perjalanan darah.
12. Menjadikan payudara wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan.
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan proses kelahiran bagi wanita mengandung dan organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit convulsions dan angin meroyan.
15. Organ terpenting iaitu otak menerima darah secukupnya.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika berlaku tekanan darah tinggi dan terhindar dari angin ahmar.
17. Secara psikologinya, sujud mewujudkan rasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta seterusnya mengikis sifat takbur, riak, sombong dan sebagainya.
(dipetik dari Arab News 1987 melalui Petanda Keagungan terbitan Knights Venture Marketing)

Namun, perlulah diingat bahawa solat sahaja tanpa penghayatan juga tidak cukup dalam Islam. Pastikan kita menghayati setiap pergerakan kita dalam solat terutamanya ketika sujud dan merasakan nikmatnya. Kalau setakat tonggang tonggek, laju pulak tu macam nak tak nak aje solat apa gunanya. Kalau kita boleh melambatkan pergerakan kita dalam senaman taichi kenapa tidak dalam solat. Jika kita boleh berpenat jogging beberapa kilometer kenapa tidak kerana Allah. Jika kita boleh bersengkang mata menonton bola di malam hari mengapa tidak berjaga malam untuk bertemu Pencipta kita.

Tetapi jika masih belum ada kesannya, jangan terus putus asa kerana kadang kala Allah ingin menduga hamba-Nya. Ada hikmah tersembunyi di sebaliknya, hanya Allah Maha Mengetahui, jadi rajin-rajinlah bersolat.... bukan wajib aje, sunat sekali tau...
Kalau nak mulakan sesuatu yang baik jangan lambat-lambatkan tambahan pulak sekarang Ramadhan, mulakanlah  solat sunat di waktu malam.....SELAMAT BERAMAL......


Thursday, August 12, 2010

Indahnya Lailatul Qadar


Hari ini hari kedua kita berpuasa, so topik biasa yang orang bincangkan adalah makanan walaupun sebenarnya adalah lebih afdhal jika kita melebihkan ibadat sepanjang bulan puasa ni. Jadi untuk mengambil yang lebih afdhal hari ini saya nak berkongsi tentang Kelebihan Bulan Ramadhan; Malam Lailatul Qadar.
Malam Lailatul Qadar adalah suatu malam di dalam bulan Ramadhan sebagai suatu malam istimewa kerana
1. Malam yang digambarkan di dalam Al-Quran sebagai malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
2. Malam ketetapan dan merupakan malam diturunkan Al-Quran.
3. Malam yang dikatakan sempit dengan kehadiran para malaikat kerana Jibrail akan turun ke bumi dan dengan izin Allah menjalankan urusan di muka bumi. Pintu rezeki dibuka seluasnya bagi mereka yang dikehendaki-Nya dan disempitkan bagi mereka yang dikehendaki-Nya.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan menurut hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Rasulullah SAW juga amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengan beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya. Rasulullah tetap berjaga malam untuk berqiamullail dan cuma tidur seketika sahaja walaupun baginda seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

* Menghayati malam tersebut dengan ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa serta beristigfar.
* Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
* Amal ibadah itu hendaklah ikhlas dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya bukan kerana ikut-ikutan atau menunjuk-nunjuk.

Jika Allah berkehendakkan seseorang itu menemui tandanya, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda bila berlaku malam Lailatul Qadar ialah :

* Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar akan melihat 'NUR' yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
* Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
* Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
* Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam Lailatul Qadar.


Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam  Lailatul Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.


Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus beribadat dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Janganlah leka menyiapkan biskut raya di akhir-akhir Ramadhan tapi berebut-rebutlah memenuhi masjid dan surau untuk terus bertarawih. Janganlah sibuk menghias rumah sehingga penat untuk berjaga malam di 10 malam terakhir. Lakukan dengan ikhlas Insyaallah ganjaran yang besar menanti kita.....

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan....


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.....
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak. Harap2 dapatlah kita beribadat hingga ke penghujungnya.
Ingatkan bersempena bulan puasa ni saya nak berkongsi sesuatu mengenai fadhilat solat terawih mengikut hari, tapi bila kaji2 balik tiada hadis yang sahih mengenainya. Suatu waktu dahulu pernah terbaca mengenainya tetapi ia dikatakan hadis yang dibuat2 kerana kepentingan pihak2 tertentu.... Wallahualam....
Apa-apapun tidak dapat dinafikan kelebihan bulan Ramadhan ini sebagai bulan ibadah kepada Allah SWT. Oleh itu, tak kiralah apa ganjarannya kita bermohonlah kepada-Nya untuk memberikan yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah maha mengasihani dan memberi.....yang penting ibadat kita ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Antara kelebihan Ramadhan adalah

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
Pertama 10 malam pertama: dipenuhi dengan rahmat Allah
Kedua 10 malam seterusnya: dipenuhi dengan keampunan dari Allah 
Ketiga 10 malam akhir: pembebasan dari siksa api neraka. \
( menurut sebuah kitab, semua hambaNya telah ditetapkan samada menjadi Ahli Syurga atau Ahli Neraka, oleh yg demikian , mana2 hambaNya yg memenuhi tuntutan di bulan Ramadhan, Ahli Neraka berkenaan akan ditukar menjadi Ahli Syurga )

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.


Wallahualam.....

Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat....


Semoga ibadat kita diterima dan mendapat rahmat Allah SWT, Insyaallah....



Tuesday, August 10, 2010

Bila Ajalmu....



Salam pertemuan buat semua....

Sekadar renungan bersama, nota ini saya perolehi dari Facebook seorang sahabat. Semoga saudara Muhammad Suhaidin mendapat rahmat Allah kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita semua....terima kasih diucapkan...




TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI




by Muhammad Suhaidin on Thursday, April 8, 2010 at 11:05am

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...


Wallahualam....
Terima Kasih sekali lagi kepada penulis nota ini; saudara  Muhammad Suhaidin.

Thursday, August 5, 2010

DOA Senjata Muslim

Hari ini kita berkongsi sedikit ilmu mengenai doa ya....



Sabda Rasulullah SAW " Berdoa itu adalah ibadah" Hadis riwayat Abu Daud & At Tarmidzi

Syarat Berdoa:

1. Berdoa dengan hati yang ikhlas.
2. Bersih dari noda dan dosa termasuk memastikan makanan yang dimakan berpunca dari sumber yang halal.
3. Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
4. Bersangka baik dengan Allah, yakni yakin doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
5. Tidak berputus asa dan istiqamah dalam berdoa. Walaupun doa kita belum dimakbulkan, jangan berhenti berharap dan terus berdoa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.
6. Jangan berdoa dan meminta sesuatu yang tidak logik umpama mengharap duit jatuh dari langit kerana walaupun Allah berkuasa melakukan apa saja namun Allah membenci golongan yang tidak berusaha mendapatkan sesuatu yang diingini.

Adab Ketika Berdoa:

1. Bertaubat dan beristighfar dahulu sebelum berdoa. Lagi afdhal melakukan solat sunat taubat dahulu.
2. Memulakan doa dengan menyebut dan memuji Allah SWT.
3. Mengadap kiblat dengan rasa rendah diri.
4. Menadah tangan setinggi bahu.
5. Berdoa dengan suara yang lembut.
6. Menyusun kalimah doa dengan kata yang sederhana, tidak bersajak atau berlagu. Digalakkan berdoa dengan kalimah yang digunakan oleh Rasulullah terutamanya yang terdapat di dalam Al-Quran.
7. Menyebut dan mengulangi doa yang dihajatkan lebih dari 3 kali tanpa jemu dan bosan.
8. Akhiri doa dengan bacaan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Walaupun kita boleh berdoa di setiap masa namun ada waktunya yang afdhal untuk berdoa;

1. Pada bulan Ramadhan terutamanya malam Lailatul Qadar.
2. Waktu Wukuf di Arafah ketika menunaikan haji.
3. Hari Jumaat siang ataupun malam.
4. Ketika mendengar azan.
5. Di antara azan dan qamat ketika mengerjakan solat.
6. Semasa solat fardhu terutamanya ketika sujud terakhir.
7. Doa beramai-ramai ketika pengajian agama.
8. Ketika minum air zam-zam.

Orang Yang Dimakbulkan Doanya.

1. Doa orang terdesak.
2. Doa orang teraniaya.
3. Doa pemimpin yang adil.
4. Doa ibu bapa kepada anaknya.
5. Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya.
6. Doa orang yang berjasa kepada masyarakat.
7. Doa orang yang menjalin silaturrahim.
8. Doa sesama muslim.
9. Doa orang yang bermusafir kerana kebaikan.
10. Doa orang yang bertaubat menyesali dosanya.

Sebab-sebab Doa Tidak Diterima

Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama warak Ibrahim bin Adham ketika bermusafir ke Basrah, lalu orang bertanya kepadanya;
 " Apakah sebabnya nasib kami tidak berubah sedangkan kami selalu berdoa kepada Allah dan bukankah Dia berjanji akan mengabulkan doa hamba-Nya?"
Ibrahim bin Adham menjawab;
"Sebenarnya doa tidak termakbul kerana 10 sebab" :

1. Kamu kenal Allah tapi tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu berkata kamu cinta kepada Rasulullah SAW tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu mengaku syaitan itu musuh tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu percaya Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
6. Kamu yakin Neraka itu benar tetapi kamu tidak cuba lari terhumban ke dalamnya.
7. Kamu tahu mati itu benar tapi kamu tidak bersedia menghadapinya.
8. Kamu sibuk dengan aib orang lain namun terlupa dengan keaiban sendiri.
9. Kamu rasa segala nikmat ynag Allah kurniakan tetapi kamu tidak mensyukurinya.
10. Kamu mengebumikan mayat saudaramu tetapi tidak mengambil iktibar dari kematiannya.

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan terus berdoa kepada Allah SWT.....

Tuesday, July 20, 2010

Maksiat Akhir Zaman


Sekadar renungan bersama.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.

Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Nauzubillah....Semoga kita terpelihara daripada bencana.