Sedih...terkejut....insaf....semua perasaan timbul bila terdengar berita mengenai tragedi yang berlaku di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka semalam. 3 orang diberitakan terbunuh dalam kejadian angin kencang yang menyebabkan khemah jualan sempena bulan puasa itu runtuh dan menghempap mangsa. 18 mangsa lagi cedera. Ada kawan yang bekerja di Hospital Jasin menceritakan pengalamannya ketika mangsa2 di bawa ke sana....sedih....
Gerun bila melihat visual atap khemah yang berterbangan seperti kertas....Subhanallah... Nauzubillah....
Terima kasih kepada tuan empunya video ni yang berkongsi di Youtube....
Dan clip di bawah diperolehi dari facebook, jadi tak tau siapa empunya sebenar....terima kasih juga kerana berkongsi....
Semoga dengan paparan ini kita lebih dekat dengan Allah...kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu dan tiada daya manusia untuk menghalangnya.
Kun fa ya kun.... Bermohonlah kita agar terlindung dari segala musibah namun ketahuilah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya, jadi janganlah menyalahkan takdir....mungkin ianya peringatan buat kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang meninggal dunia..Al-Fatihah. Dan kepada ahli keluarga mangsa semoga tabah menempuhi segala dugaan ini....Wallahualam.....
was here n followed
ReplyDelete