Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Asam Pedas...fuhh!!

Hari minggu pertama dalam bulan Ramadhan, kami berbuka puasa di rumah mak mertuaku di Serdang. Kami balik agak lewat sebab kereta rosak. Balik-balik aje mak dah siap masak kari ayam untuk buat cicah roti canai. Tapi biasalah...kalau balik Serdang tak sah kalau tak masuk dapur, maklumlah menantu mithali....ekekekk..mana adalah!! Aku aje menantu pompuan dalam famili hubby so aku la yang kena tolong...hihihi...Sebab main dishnya dah siap aku cuma tolong sediakan pencuci mulut. Hari ni aku buat tepung pelita, resepi dari kawan FB, Yuliza Hadzri. Alhamdulillah menjadi tepung pelita tu walaupun mulanya termasin sikit (biasalah puasa) tapi lepas diadjust2 sedap!! Hihihi...puji diri sendiri nampak....Astargfirullah...puasa, jangan riak.
Sebelah malamnya aku masak asam pedas untuk bersahur, rencahnya mak mertuaku dah sediakan. Tapi kami tak dapat nak bersahur bersama sebab anak-anak sekolah esok, jadi tapau ajelah...makaseh mak.....Jom share resepinya.
Walaupun mak mertuaku orang Muar tapi aku tak berani nak claim asam pedas ni Asam Pedas Muar sebab resepinya pun sikit2 fusion juga, biasalah resepi ni universal kan.....Tapi kali ni tak de gambar, tak sempat nak snap. Nanti lain kali kalau buat lagi i upload okay.....


Asam Pedas


1/2 kilo ikan (apa-apalah ikan yang sedap)
Sedikit serbuk kunyit, garam dan asam jawa untuk lumur kat ikan.


Bahan Kisar
10 tangkai cili kering (pedas ke taknak pedas sangat bergantung kepada selesa masing2)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit idup
Sedikit belacan


Bahan Penyedap
8-10 batang bendi
2 batang serai
Air asam jawa
Daun kesum
Air, garam dan perasa secukupnya.


Cara-caranya
Bersihkan ikan dengan asam jawa kemudian lumurkan dengan garam kunyit, jgn banyak sangat kunyitnya ye.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serai sampai naik bau, tambah daun kesum.
Masukkan ikan dan kacau beberapa minit tapi jangan sampai merosakkan tekstur ikan tu...
Setelah agak sebati cili dan ikan masukkan air asam jawa dan air dan biarkan  mendidih. 
Tambahkan  garam dan perasa secukupnya.
Masukkan kacang bendi dan biarkan mereneh dalam api sederhana sampai bendi agak lembik.....
Mmmm...sedapnya....


Tepung Pelita.


Bahan2 
A
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
sedikit kapur 

B
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan (usually guna 1 peket santan then top up ngan air biasa)
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
sedikit garam 

Cara-cara
Bancuh A sampai sebati ...
Masak dan kacau hingga masak, likat dan berkilat...
Tuangkan ke dalam acuan ... Kalau rajin, buatla bekas dari daun pisang ...
Bancuh B sampai sebati ...
Masak dan kacau hingga masak, likat dan berkilat...
Tuangkan ke atas tepung yg di dalam acuan tadi..
Sejukkan ....
Senangkan ...

Thanks Yulie sebab kongsi resepi ni.....kawan-kawan pun bolehlah cuba.....

Monday, August 9, 2010

MozzaMonday!!


Selalunya orang tak suka kedatangan hari Isnin sebab kena kerja setelah bercuti di hujung minggu. Rasa berat je nak ke pejabat. Masa ni jalan memang sesak gila pagi2 lebih dari hari-hari lain sebab kebanyakannya keluar terlewat sikit dari hari biasa, teori aku ajelah... Tapi bagi diriku yang kerja sendiri dan bersama anak-anak hampir setiap masa, hari apapun macam sama je. Cuma hari minggu tu best lagilah sebab hubby cuti...
Bagi kami, hari Isnin pun seronok macam hari2 lain juga sebab hari Isnin ada MozzaMondays!! Kepada yang tak pernah dengar Mozza Burger, sebenarnya menu ini merupakan menu yang paling kami gemari di A&W selain A&W Float yang memang sedap beb...
Inilah menu yang kami cari....Double Mozza Burger and Rootbeer Float.
MozzaMondays tu macam hari untuk makan Mozza Burger la sebab harganya murah dari hari2 biasa, Double Mozza dengan harga yang lebih rendah dari single slice Mozza Burger. Takdelah sampai tiap2 hari Isnin makan...kalau ada budget lebih sikit makan la....Kalau nak cuba bolehlah. Cuma services di A&W ni agak slow sikit la jika nak dibandingkan dengan restoran fastfood yang lain. Tak taulah kenapa tapi tak kira cawangan mana pun tentu lambat. Tapi mungkin time orang lain pergi laju kot...
Dan gambar2nya.....(gambar2 ni minggu lepas punya sebenarnya,masa tu me n Wahdi puasa, so kitaorang berbuka kat sana la....)
Aufa dah tak sabar nak makan ayam ni....Aufa's favourite food.
Ini makanan kegemaran Farhat, hotdog tanpa sayur....
Maklang n Farhat
Selamat berbuka Wahdi...
Happy!!
Sebelum balik posing kejap....
Ok...bye-bye...

Sunday, August 8, 2010

Roti Jala, Kari Ayam...

Bersempena menyambut kedatangan Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi, mak mertuaku berhajat nak buat kenduri sikit. Tapi bukanlah jemput jiran2 ke rumah tapi hantar juadah ke rumah jiran2 maklumlah kalau nak buat kenduri betul2 tak cukup kakitangan, cuma kami berdua aje yang kat dapur hari ni.... Jadi segala persiapan pun dimulakan. Menunya Roti Jala dan kuah Kari Ayam. Pehhh....sedap!! Bolehlah kongsi sikit resepinya kat sini. Kami buat 30 bungkus dan setiap bungkus ada 6 biji roti jala. Tapi resepi kat bawah ni boleh buat lebih kurang 60 biji.


Roti Jala, Kari Ayam dan Serawa Durian...yummy....
Roti Jala


1 kilo tepung
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Air secukupnya supaya adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat (sedang molek la orang kata)
Sedikit pati santan ( boleh juga kalau tak letak, tapi kalau letak lagi sedap)


Cara-caranya;
Bancuh semua bahan kemudian ditapis supaya adunan betul2 halus. Gunakan daun pandan yang diikat untuk leserkan minyak pada kuali leper. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah mula menjala. 


Kari Ayam/ Daging


1 ekor ayam dipotong kecil (boleh juga guna daging tapi takdelah sampai seekor lembu..hihihi...)
6 biji ubi kentang dipotong 6/8
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
1/2 cawan serbuk kari
1 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu kerisik ( kalau tak de takpelah...)
Garam dan serbuk perasa
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan sedikit daun kari untuk menumis


Cara:
1) Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan tumis dan daun kari sehingga wangi. Masukkan bahan2 yang dikisar (bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar)
2) Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
3) Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata. Tutup sebentar. Tapi pastikan jangan hangit pulak.
4) Masukkan santan cair dan kerisik dan biarkan sehingga mendidih.
5) Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
6) Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan biarkan pekat.
Sedia untuk dihidangkan.


Untuk pencuci mulut, saya buat serawa durian juga untuk dimakan bersama roti jala. Tapi takde gula kabung, so pakai gula biasa je. tapi resepi sebetulnya di bawah ni...


Serawa Durian ni putih je sebab takde gula kabung tapi sedap jugak....
Serawa Durian


4-6 ulas isi durian dibuang bijinya ( Ikut juga saiz ulasnya, pandai2 la...)
1 cawan santan pekat
3/4 cawan air
1 biji gula kabung
Sukatan gula pasir ikut manis yang dikehendaki
2 helai daun pandan


Cara memasak
1. Masak gula kabung, gula pasir dengan air dan daun pandan. Setelah menggelegak dan gula hancur.
2.Masukkan air gula,santan, isi durian, garam dan daun pandan. Masak sehingga menggelegak dan pekat.


Serawa durian ini juga sesuai dimakan dengan pulut atau makan macam tu aje macam bubur. Selamat berpuasa dan selamat mencuba....

Saturday, August 7, 2010

Kami Menang!!

Happy sungguh hari ni......benda yang tak dirancang tiba2 berakhir dengan penuh kepuasan dan kegembiraan. Dah lebih kurang seminggu berlangsungnya Ekspo Hartanah PKNS di SACC Mall, tapi kami tak berkesempatan pun nak singgah....lagipun bukannya ada duit berkepok2 untuk beli hartanah ni... Tapi petang tadi aku terima panggilan dari adikku Wahdi. Dia ajak aku join pertandingan melukis poster berkeluarga sempena ekspo tu. Yang kalutnya dia call lagi 15 minit nak mula. Aduh....macamana ni, sempat ke?!
Kami pun terus bersiap dan bertolak ke SACC Mall. Handphone asyik berdering, Wahdi call tanya kami kat mana sebab nama dah dipanggil, takut disqualify pulak sebab bilangan kumpulan terhad kepada 5 sahaja. Dengan terkocoh2 aku menarik tangan anak2 sebaik kereta hubby berhenti depan SACC. Alhamdulillah...pertandingan baru je bermula dan masih ada tempat untuk kami. Dengan takde briefing aku mula cari idea...tapi susahnya nak pikir masa kelam kabut macam tu. Anak2...apalah yang diorang boleh pikir selain menurut aje. Kami pun mulalah melukis, masa diberikan 1 jam. Mama lukis satu...Farhat lukis satu... Aufa ngan Nurin tolong warnakan.
Nurin tengah mewarna. Ayah sempat jenguk sekejap aje sebab kena balik kedai, ada customer...
Aufa pun nak warna jugak...

Dekat2 nak habis masa...tinggal aku sorang aje yang dok melukis sebab budak2 dah sibuk kejar badut minta belon...haru sungguh....Mujur Dhiaa datang tolong sikit2 sebab penganjur kata boleh memandangkan aku tinggal keseorangan masa tu. Selesai melukis, penganjur minta seorang wakil untuk buat presentation. Aku segan la pulak nak berucap2 ni, so aku suruh Farhat aje berucap, nasib baik dia nak dan betul2 sporting la....
Farhat tengah buat presentation...
Posing sebelum pengumuman pemenang...
Aufa tak nak letak poster ni...jenuh kena pujuk...

Tiba masanya mengumumkan pemenang. Kami rilek je sebab tengok presentation orang lain macam best aje..tapi tiba2 nama kami diumum tempat kedua. Terkejut jugaklah sebab tak sangka boleh menang...ingatkan saguhati aje.
Yippie...kami menang.....

Wahdi and the gang pulak dapat 1st prize. Tapi diorang ni memang tak heranlah sebab masing2 memang suka melukis, Wahdi, Amal Hayati n Haikal dan Amal Ruhi....
Wahdi n d' Gang...mana aci, diorang besar2, Haikal aje kecik sorang....

Memang enjoy sangat... budak2 pun happy dapat hamper. Nampaknya kami rembat dua2 hadiah utama...jangan marah ye.....hehehe...
posing sebelum balik....
Sempat berposing dengan Upin...
Kat umah posing lagi.....

Syukur....dengan apa yang Allah berikan. Semoga lain kali berpeluang lagi....

Tuesday, August 3, 2010

Happy Birthday Mama Mi....

Hari ini hari lahir adikku Amal Hayati....ibu kepada Haikal Hakimi sebab tu lah tajuknya Happy Birthday Mama Mi...Doa dari kekanda mu ini...cheeewah...bermadah pujangga plak, Semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah sentiasa. Jika ada jodoh yang baik untukmu di luar sana semoga dipermudahkan untukmu....dan sorry sebab tak cukup budget nak beli hadiah...hehehe.....

Takde gambar tak sah.....
Ingat nak beli Chocolate Mousse tapi habis yang ni pun ok la kot....
Versi muka dah mengantuk sebab celebrate malam....
Semoga lebih bahagia.....
Ha...yang ni versi cun punya.....


Happy birthday jugak dari Farhat, Nurin n Aufa untuk Makngah.....

Sunday, August 1, 2010

Mai-mai Pekena Mee Rebus

Hari ni, hari yang cukup memenatkan tapi menggembirakan...Kenapa?!
Ya....sebab hari ni aku berjaya menyiapkan tempahan mee rebus yang pertamaku. Lepas meniaga kat gerai surau masa sambutan Isra' Mikraj hari tu, terus ada yang tempah. Syukur..Alhamdulillah....Seperti dijanjikan aku mesti menyiapkan 40 bungkus mee rebus untuk jemaah surau yang datang kelas mengaji pagi tadi. Semalam dah gigih menyiapkan bahan2 sampai pukul 3 pagi...Tidur kejap lepas tu pukul 6 dah bangun sambung masak kuah dan sediakan bahan2 taburnya. Penat wehhhh.... tapi masyuk oklah....\
Jadi apa lagi sesiapa yang nak pekena mee rebusku...bolehlah tempah ye...hihihih...
Macam biasa kalau tak da gambar tak sah...

Tengah sibuk menyiapkan tempahan dengan mak

Cepatnya sungguh Mokcik Kamariah membuat kerja, sehingga tak terakam dek kamera. Kalah Superman tu...

Cepat...kita dah lambat ni.....

Kusyuk......

Kalau nak tempah silalah...sebungkus RM3.50.
Rasanya pasti memuaskan perut...hehehe...
Bukan memulaskan okay....
Siap je hantar tempahan ke surau, balik rumah sambung mengemas dapur pulak. Lepas solat Zohor terus pengsan..... Petang barulah dapat keluar ronda2 di hujung minggu......
Apapun memang puas hati walaupun aku sendiri tak sempat nak makan sebab kuahnya licin.....tapi mak kata sedap. Ok lah tu.....semoga ada tempahan lagi lepas ni.....syukur...Alhamdulillah.....

Saturday, July 31, 2010

Sarapan Di Sinar....

Yippee..... Kelmarin aku dapat panggilan dari SinarFm...aku dapat jemputan bawa famili pergi sarapan bersama penyampai Sinar di Putrajaya. Selepas solat Subuh...kami pun bersiap ke sana. Pendaftaran pukul 7.00 pagi tapi kami sampai agak lewat sebab konfius sikit ngan jalan kat sana. Nasib baik acara belum start lagi. Sampai aje terus cari tempat untuk bentang tikar...maklumlah makan ala berkelah kat atas jambatan Taman Empangan Putrajaya. Best la...dapat jumpa penyampai2 Sinar. Dan yang paling best dapat jumpa Abang Jem dan Abinov Fanaskova la.... Rasa terhibur gak la dengan gelagat penyampai dan beramah mesra ngan peminat Sinarfm yang lain..... Semoga berpeluang lagi di lain kali... Gambar?! Ada....takkan tak dak.....

Gelak sakan laki aku ni jumpa SY.
Jangan nak tambah sorang lagi macam dia sudah....
Bersama Abby Fana....
Abinov Fanaskova memang Vazz.
KE bawak karipap...SEDAP!!
Nurin sampai nak mintak lebih...
Nila Kurnia and her daughter...comel kan?!
Ni kuih raya Abang Jem bawak...siap boleh tempah katanya....
Aufa ngan kuih raya Mak Neng.....
Pak Tam bawak chocolate cake untuk dessert
Budak2 pun suka......
Antara famili yang datang....

Aufa berkenan sungguh dengan popia simpul Abby Fana,
siap nak tapau bawak balik.
Gaya retro suamiku....
JJ bawak pulut kuning ngan rendang daging.
Farhat tambah lagi chocolate cake Pak Tam
Selain nasi lemak mee goreng pun ada...
Makanan di taja oleh Kuzie Catering yang buka cawangan Serambi Pak Engku
Gelagat KE, SY dan Krill yang menghiburkan
Abang Jem mengajar senaman poco-poco selepas sarapan
Krill pulak buat senaman tolak bala....
Anjeman mengelak dari buat senaman...
Diorang ni memang sempoi....

Dua gambar kat bawah ni diambil dari laman web sinar. http://sinar.fm/
Sesi penyampaian cenderamata.
Sesi bergambar beramai-ramai...
Terima kasih Sinar FM....I Follow......