Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Keajaiban Sujud Dalam Solat.


Solat merupakan suatu kewajipan ke atas setiap hamba Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya melalui Nabi Muhammad SAW pada malam Isra' Mikraj dan kewajipan itu adalah sesuatu yang menakjubkan.
Pelbagai kajian dan perbincangan antara ilmuwan Islam dan para saintis telah dilakukan  dan tidak dapat disangkal yang setiap yang diperintahkan Allah itu ada hikmah yang tersembunyi.

Menurut kajian seorang pakar neurologi Amerika Syarikat, terdapat urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dapat dimasuki oleh darah sedangkan setiap inci otak kita memerlukannya. Daripada kajian tersebut didapati urat saraf otak memerlukan beberapa sukatan tertentu darah dan hanya dengan bersujud semasa bersolat 5 waktu seperti diwajibkan dalam Islam keperluan ini sudah dipenuhi. Jadi, kepada sesiapa yang tidak bersolat, walaupun otaknya dapat berfungsi dengan normal namun kekurangan darah ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan pada keadaan2 tertentu seperti mudah marah, mengamuk malah mungkin boleh melakukan sesuatu yang lebih drastik seperti membunuh atau bunuh diri. Namun sakit mental adalah sesuatu yang berbeza dan hanya Allah yang tahu rahsia di sebaliknya. Kerana kagum dengan keagungan ciptaan Allah itu beliau memeluk Islam dan membuka Pusat Perubatan Melalui Al-Quran. Kajian-kajiannya berteraskan Al-Quran termasuk berpuasa, madu lebah, black seed dan sebagainya. 

Antara kelebihan-kelebihan sujud adalah:
1. Memperbetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar dari tempat asalnya.
2. Memperbetulkan sistem peranakan wanita yang jatuh.
3. Melegakan penyakit hernia (angin pasang).
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid (tetapi bukanlah bersolat ketika haid tetapi amalan solat memperbetulkan sistem tubuh).
5. Melegakan ketegangan paru-paru.
6. Mengurang kesakitan pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan ketika bersujud merupakan posisi rehat paling baik untuk mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan  bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur untuk pesakit insomnia.
10. Pergerakan otot bahu, dada, leher,perut serta punggung ketika hendak bersujud dan bangun dari sujud.
11. Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik,secara automatiknya melancarkan perjalanan darah.
12. Menjadikan payudara wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan.
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan proses kelahiran bagi wanita mengandung dan organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit convulsions dan angin meroyan.
15. Organ terpenting iaitu otak menerima darah secukupnya.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika berlaku tekanan darah tinggi dan terhindar dari angin ahmar.
17. Secara psikologinya, sujud mewujudkan rasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta seterusnya mengikis sifat takbur, riak, sombong dan sebagainya.
(dipetik dari Arab News 1987 melalui Petanda Keagungan terbitan Knights Venture Marketing)

Namun, perlulah diingat bahawa solat sahaja tanpa penghayatan juga tidak cukup dalam Islam. Pastikan kita menghayati setiap pergerakan kita dalam solat terutamanya ketika sujud dan merasakan nikmatnya. Kalau setakat tonggang tonggek, laju pulak tu macam nak tak nak aje solat apa gunanya. Kalau kita boleh melambatkan pergerakan kita dalam senaman taichi kenapa tidak dalam solat. Jika kita boleh berpenat jogging beberapa kilometer kenapa tidak kerana Allah. Jika kita boleh bersengkang mata menonton bola di malam hari mengapa tidak berjaga malam untuk bertemu Pencipta kita.

Tetapi jika masih belum ada kesannya, jangan terus putus asa kerana kadang kala Allah ingin menduga hamba-Nya. Ada hikmah tersembunyi di sebaliknya, hanya Allah Maha Mengetahui, jadi rajin-rajinlah bersolat.... bukan wajib aje, sunat sekali tau...
Kalau nak mulakan sesuatu yang baik jangan lambat-lambatkan tambahan pulak sekarang Ramadhan, mulakanlah  solat sunat di waktu malam.....SELAMAT BERAMAL......


Wednesday, July 7, 2010

Selamat Tinggal Alergi...

Hari ini topik yang ingin ku kongsi bersama teman adalah alahan atau alergi. Alahan adalah keadaan tindak balas badan terhadap alergen seperti habuk,makanan laut, bisa serangga atau makanan tertentu. Setiap individu alah kepada benda yang berbeza dan reaksinya juga berbeza. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan membebaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin untuk menghapuskan alergen berkenaan. Bagi individu mengalami masalah alahan, badan mereka menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan gejala gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema. Sementara kanak-kanak pula sering mengalami sembelit, cirit-birit, muntah dan kembung perut, sukar tidur, resah, gelisah, tidak selesa serta pertumbuhan yang lambat.

Aku juga mengalami masalah alahan sejak kecil. Kerana alahan aku terpaksa mengata tidak kepada makanan kegemaranku, tak lain tak bukan makanan laut seperti ketam,udang dan sotong. Bukan saja makan, kalau pegang pun tangan dah mula gatal. Inilah yang ingin kukongsi bersama:

2 tahun yang lepas aku dikenalkan dengan sejenis makanan tambahan yang dikenali Transfer Factor 4Life. Transfer Factor bertindak memperbetulkan sistem tubuh agar tidak celaru mengenai alergen. Ia bertindak memperbaiki sistem imunisasi tubuh. Kiranya dia ni macam cikgu la...mengajar balik badan kita supaya tak bermusuh tak tentu pasal. Bila badan kita dah kenal seafood tu bukan musuh takde la reaksi alergi.



Produk ini ternyata berkesan untukku. Setelah mengamalkannya selama sebulan, aku tidak lagi mengalami reaksi alahan dan boleh makan makanan laut. Tetapi harganya agak mahal, sebotol dalam RM170. Walaubagaimanapun jika rakan pembaca mampu, amatlah berbaloi untuk mencubanya. Kini,walaupun sudah hampir setahun tidak makan ubat ni pun kesannya masih ada...aku masih boleh menikmati makanan laut, cuma lagi baik kalau teruskan makan sebab ia bukan saja memperbaiki sistem tubuh malah menjadikan kita lebih sihat dan bebas penyakit merbahaya. Kanak-kanak pun digalakkan makan untuk membina ketahanan tubuh terhadap penyakit...maklumlah sekarang ni musim H1N1 dan penyakit2 lain....

Produk ni juga baik untuk pesakit kencing manis yang mengalami masalah luka. Proses luka sembuh menjadi lebih cepat, so takdelah merebak dan terpaksa dipotong. Untuk kebaikan lain tak tau lah pulak keberkesanannya, tapi untuk alergi dan luka kencing manis, memang confirm sebab aku dan ahli keluargaku alami sendiri. Kalau berminat, bolehlah dapatkannya. Saya juga boleh mendapatkannya untuk rakan pembaca.

Sunday, July 4, 2010

Permata Hijrah....Di mana silapnya....




Saya terpanggil untuk menulis berkaitan Permata Hijrah kerana masih ada yang bertanya kenapa produk ini masih berada di pasaran walaupun sudah dihentikan Kementerian Kesihatan...

Apapun baca dulu artikel berita ini:

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menarik balik 27 produk kosmetik keluaran empat pengilang barang kosmetik tempatan daripada pasaran kerana menotifikasikan produk kosmetik di luar takrifan kosmetik.

Antara produk yang ditarik balik adalah toner mata Permata Hijrah Ainun keluaran Seri Ummi Sdn Bhd, Ainun Syifa toner mata keluaran Yamni Industries Sdn Bhd, Ainun toner mata keluaran Al-Jabbar Manufacturing Sdn Bhd dan Alkaline Theraphy Pearl Extract keluaran Permata Hijrah Resources.

Menurut satu kenyataan kementerian, produk-produk itu ditarik balik daripada pasaran kerana dinotifikasikan sebagai barangan kosmetik tetapi disalahgunakan apabila cara penggunaannya dengan menitiskannya ke dalam mata.

"Produk-produk yang digunakan dengan cara menitis ke dalam mata dan produk untuk dititiskan ke dalam hidung adalah di luar takrifan kosmetik dan sepatutnya dikawal sebagai produk farmaseutikal.

"Produk yang diklasifikasikan sebagai bahan kosmetik sama sekali tidak dibenarkan digunakan untuk tujuan merawat sebaliknya ia hanya persediaan untuk digunakan pada anggota luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, kuku, bibir, bagi tujuan mencantikkan, melindungi dan menghilangkan bau badan," katanya.

Katanya produk berkenaan sepatutnya dikilangkan di premis pengilangan bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan perlu mempunyai kelengkapan spesifik untuk mengeluarkan produk 'steril'.

Produk yang dinotifikasi sebagai kosmetik itu tidak memenuhi keperluan berkenaan, menurut kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati semasa mendapatkan produk kosmetik di pasaran dan perlu lebih bijak memilih produk sesuai dengan mereka serta tidak terpengaruh dengan testimoni yang diiklankan pengeluar.

-- BERNAMA

Ramai yang tak tahu atau tak perasan tentang kewujudan artikel ini, tambahan pulak dengan iklan permata hijrah yang begitu meluas. Kadang2 bila kita menulis, ada yang beranggapan kita cuba menabur pasir di dalam periuk nasi orang. Namun ini sebenarnya pendapat peribadi saya sebagai seorang optometris. Ada pula yang fikir saya ni berat sebelah, tapi cubalah renung2kan ya....

Tidak terniat langsung untuk memburukkan pihak permata hijrah apatah lagi bermusuh sesama islam cuma silapnya mungkin kerana langkah promosi yang diambil untuk menarik perhatian pembeli. Permata Hijrah boleh mengubati penyakit mata....itu saya tak nak komenlah sebab saya pun bukannya doktor yang pakar mengenai penyakit mata, cukuplah jika saya memberi pendapat mengenai keberkesanan permata hijrah menurunkan rabun seseorang...BENARKAH!!!

Mungkin Kementerian Kesihatan patut menyahut cabaran pihak permata hijrah bukan sahaja untuk membuktikan produk itu selamat malah untuk memastikan keberkesanannya seperti yang diwar2kan dalam iklan dan testimoninya. Bagi saya selamat itu mungkin benar tapi berkesan atau tidak itu yang dipersoalkan. Kementerian pengguna juga mungkin patut terlibat kerana jika iklannya berunsur penipuan, tindakan patut diambil.

Saya bukan bercakap kosong tetapi setakat ini beberapa pelanggan telah datang berjumpa saya untuk membuat pemeriksaan mata setelah menggunakan permata hijrah. Agak mengejutkan bila tahap kerabunan mereka bukannya berkurang malah semakin meningkat. Dan jika benar pun permata hijrah dapat mengurangkan kerabunan mata di mana rasionalnya jika setiap bulan pelanggan terpaksa menukar kanta cermin mata kerana 'power' spec mereka sudah tidak lagi bersesuaian. Sudahlah spray/toner mata nak kena beli (bukannya murah) 'power' spec pulak nak kena tukar. Baik kumpul duit pergi buat lasik jer...esoknya dah terang mata....

Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya....tapi bagi saya testimonial penguna yang saya baca juga agak meragukan...mungkin di kalangan pengguna tiada yang peliknya tapi bagi kami yang terlibat dengan bidang ini, ada keraguan munasabah yang boleh dipertikaikan....