Showing posts with label Jom Tengok Wayang. Show all posts
Showing posts with label Jom Tengok Wayang. Show all posts

Saturday, July 24, 2010

Fanatik Buzz Lightyear



Kalau dah minat tu...macam-macam hal. Kali ni aku nak bercerita pasal Toy Story. Cerita ni memang ramai peminatnya... bukan hanya minat nak tengok wayang ke DVD ke tapi minat jugak dengan barangan permainannya.



Woody, Buzz, Jessie dan kawan2 kini kembali di dalam TOY STORY 3. Cerita ni dah lama ditayangkan di panggung... cuma aku baru terfikir nak buat entry pasal ni... Andy sekarang dah besar dan akan memasuki kolej. Dia terpaksa meninggalkan barang2 mainannya. Kisah pengembaraan bermula apabila barang2 mainan Andy yang sepatutnya di simpan di loteng rumah secara tidak sengaja didermakan ke Sunnyside Daycare Center dan menjadi bahan permainan kanak2 di situ... Kemunculan watak Lotso Bear menambahkan lagi aksi dalam filem tu. Memang seronoklah menonton... babak yang menyentuh hati pun ada. Bila tengok cerita ni teringat balik kepada barang mainan anak2 kita. Walaupun cerita kartun tapi ada realitinya terutamanya mainan yang habis dikerjakan budak2...



Tapi nampaknya populariti Buzz Lightyear lagi menyerlah daripada heronya Woody. Bukan tak minat Woody tapi mungkin wataknya biasa jika dibandingkan dengan Buzz yang lebih 'adventurous'.

Anak2ku tidak terkecuali.... Ingatkan nak suruh Aufa beli Latso sebab bearnya berbau wangi macam strawberi sama macam dalam filem tu tapi dia watak jahat la pulak.... So, pujuk Aufa beli Jessie, tapi tetap nak Buzz Lightyear jugak... Ini Aufa dengan Buzz Lightyearnya yang baru walaupun yang lama dah ada.

 
Tidak cukup dengan itu, adikku Dhiaaul Amal yang nak SPM tahun ni pun....sama jugak!! Tapi dia beli yang hebat sikit la... yang ada suara punya, Buzz Lightyear Movie Collection;

                                                                                 
Tengok tu...bukan baca buku, dok study pasal Buzz Lightyear la pulak....


Tapi...yang ni lagi teruk....dah besar pun minat jugak.....


Nama dia ni sebenarnya Steve Bolton, 26. Tapi sebab nak membuktikan yang dia ni peminat setia Toy Story, dia sanggup pergi ubah nama dia kepada Buzz Lightyear secara rasminya.












Menurut Newslite.tv, mekanik dari West Bromwich ini berkata dia amat menyukai dua filem Toy Story yang terdahulu dan ingin melakukan sesuatu yang istimewa di majlis pelancaran Toy Story 3.







Dia juga menukarkan namanya pada kredit kad, pasport dan bil2.










Inilah yang dikatakan peminat fanatik.

Pelik kan?! Credit to Newslite.tv....

Monday, July 19, 2010

Eclipse: Edward VS Jacob

Sempena meraikan kejayaanku meniaga mee rebus kelmarin, hubby ajak pegi tengok wayang. Mulanya nak tengok berdua ajelah romantik sket...tapi si budak kecik Aufa tak nak tidur plak...terpaksalah bawak dia sekali...Sampai aje kat Sunway Piramid, Aufa terus mintak nak makan...tak dapatlah nak tengok movie pukul 9.00...so pilih yang lewat sikit. Lewat sikit?? Lewat banyak adalah....pukul 11.30 malam. Alang2 dah datang ni tak ngapelah...kita makan dulu...

Ronda2 kejap kitaorang pun masuklah restoran ni;

Memang Aufa suka makan seafood. Makanannya sedap...tapi harganya ada tinggi sikit la.... Hubby order Manhattan Seafood Platter for Two. Oklah....ada fish fillet, deep fried calamari , oysters dan yang paling istimewa flaming prawns. Pikir2 balik aku pun boleh masak ni...hehehe..cuma takde masa je...(ye lah tu...alasan...)

Sementara menunggu makanan sampai, kami makan ni dulu...Fried Country Mushrooms

Tapi servicenya agak slow la..... Dah dekat pukul 10 dah ni. 

Aufa pun sempat menyanyi2 dulu....

barulah makanan sampai..... Sebab kedai dah nak tutup, terpaksalah kami makan cepat2.... ish..tak dapat nak menikmati saat2 romantik itu...ekekekek.....

Selesai makan jalan2 kejap tapi semua kedai dah tutup...nak menjamu mata pun tak dapat...show lambat lagi....tension-tension....

Eh! Dah pukul 11.20 la...dah boleh masuk. Bila masuk, tengok2 kitaorang punya seat paling belakang dan dekat dengan pintu....alah..leceh betul la...orang keluar masuk mesti terganggu konsentrasi nak tengok cerita best ni...Pilih couple seat supaya selesa untuk Aufa sekali...jadi macam ni la pulak....dah le lorong masuknya sempit, hubby terpaksa keluar setiap kali orang nak masuk...kesian dia...

Wayang dah start la....jom tengok. Cerita Eclipse ni best untuk orang yang dilamun cinta... romantiknya..... Walaupun ceritanya pasal vampire dan werewolf tapi janganlah harap ada babak2 macam dalam 30Days Of Night plak... Rasanya antara ketiga2 siri Twilight... Eclipse paling best kot... tapi macam tergantung je cerita dia, ada sambung lagi ke?! Apapun memang enjoy lah tengok watak2 utamanya Bella Swan, Edward Cullen dan Jacob Black.... Lepas tengok cerita tu...terpikir2 gak kalau kita jadi Bella agak2 sapalah yang kita pilih, Edward ke Jacob? Kalau Edward, terpaksa jadi hantulah pulak baru sesuai...tapi dia baik.... Jacob pun baik gak.... macamana?! Terpulanglah....hehehe...yang penting My HUBBY is My True Love.....

I LOVE U........

Sunday, July 11, 2010

Jangan Sebut......



Setiap kali tiba hujung minggu budak2lah yang paling happy...mak n bapak budak pun seronok gak. Rutin setiap kali cuti semestinya bawak diorang jalan-jalan. Kebetulan ada cerita baru kat panggung.Farhat memang tertunggu-tunggu cerita ni; Despicable Me. Walaupun promosinya tak sehebat Shrek atau Toy Story 3 tapi bila tengok trailernya macam best jer nak bawak budak2 pergi tengok. Mak bapak budak nak tengok eclipse sebenarnya...tapi tak ngapelah....

Melihat kepada tajuknya....memang rasa tak berapa syok. Ye la...'despicable' maksudnya hina. Kalau kita dok sebut2 sangat, kan tak elok. Setiap yang kita sebut adalah doa, jadi bila kita sebut tajuk cerita ni macam mana?! Jadi, pesanlah kepada anak2 jangan disebut2 sangat tajuknya...Sebutlah tajuk lain, cerita Gru ke, kartun alien hijau ke....

Sebenarnya budak2 perlukan pendedahan sejak kecil. Oppss...jangan salah anggap pulak ye, ini sekadar pendapat peribadi. Melalui cerita yang mereka tonton, ibu bapa boleh dedahkan mereka kepada realiti hidup yang diadaptasikan dalam bentuk kartun. Sebagai ibu bapa, ketika inilah kita dapat menyelitkan pengajaran kepada anak-anak. Berkata ya kepada yang betul dan tidak kepada yang salah. Biar mereka berfikir dan pantau mereka. Budak2 memang mudah belajar melalui pemerhatian, ibu bapalah yang berperanan memastikan mereka di landasan yang betul....

Berbalik kepada aktiviti hujung minggu kami. Sebelum masuk panggung, posing dulu...siap bawak turun poster card yang orang susun, nasib baik tak kena marah.



lagi...



dan lagi...



Cerita ini berkisar mengenai seorang lelaki yang tidak mendapat cukup kasih sayang ibunya sejak kecil sehingga menyebabkan dia bercita2 menjadi pencuri terkenal sebagai suatu cara untuk mendapat perhatian ramai. Gru mengambil tiga anak yatim iaitu Margo, Edith dan Agnes tinggal bersamanya untuk membantunya menunaikan hasrat untuk mencuri bulan tanpa pengetahuan mereka. Dia dibantu oleh Dr Nefario dan minion2 yang melucukan. Boleh jugak release tension tengok cerita kelakar macam ni. Selain kisah lucu yang membuat kita ketawa terbahak-bahak terselit juga babak2 menyentuh hati dan menunjukkan betapa pentingnya kasih sayang antara keluarga. Kasih sayang yang mampu mengubah seseorang.







So, terpulanglah kepada kawan2 sama ada ingin membawa anak anda menonton cerita ni atau tidak. Ianya seronok dan menghiburkan... Namun perlu diingat...di dalam setiap penerbitan filem pasti ada terselit unsur2 yang kurang menyenangkan jadi kanak2 perlukan bimbingan kita untuk menentukan corak hidup mereka...

Adios....