Sunday, July 11, 2010
Jangan Sebut......
Setiap kali tiba hujung minggu budak2lah yang paling happy...mak n bapak budak pun seronok gak. Rutin setiap kali cuti semestinya bawak diorang jalan-jalan. Kebetulan ada cerita baru kat panggung.Farhat memang tertunggu-tunggu cerita ni; Despicable Me. Walaupun promosinya tak sehebat Shrek atau Toy Story 3 tapi bila tengok trailernya macam best jer nak bawak budak2 pergi tengok. Mak bapak budak nak tengok eclipse sebenarnya...tapi tak ngapelah....
Melihat kepada tajuknya....memang rasa tak berapa syok. Ye la...'despicable' maksudnya hina. Kalau kita dok sebut2 sangat, kan tak elok. Setiap yang kita sebut adalah doa, jadi bila kita sebut tajuk cerita ni macam mana?! Jadi, pesanlah kepada anak2 jangan disebut2 sangat tajuknya...Sebutlah tajuk lain, cerita Gru ke, kartun alien hijau ke....
Sebenarnya budak2 perlukan pendedahan sejak kecil. Oppss...jangan salah anggap pulak ye, ini sekadar pendapat peribadi. Melalui cerita yang mereka tonton, ibu bapa boleh dedahkan mereka kepada realiti hidup yang diadaptasikan dalam bentuk kartun. Sebagai ibu bapa, ketika inilah kita dapat menyelitkan pengajaran kepada anak-anak. Berkata ya kepada yang betul dan tidak kepada yang salah. Biar mereka berfikir dan pantau mereka. Budak2 memang mudah belajar melalui pemerhatian, ibu bapalah yang berperanan memastikan mereka di landasan yang betul....
Berbalik kepada aktiviti hujung minggu kami. Sebelum masuk panggung, posing dulu...siap bawak turun poster card yang orang susun, nasib baik tak kena marah.
lagi...
dan lagi...
Cerita ini berkisar mengenai seorang lelaki yang tidak mendapat cukup kasih sayang ibunya sejak kecil sehingga menyebabkan dia bercita2 menjadi pencuri terkenal sebagai suatu cara untuk mendapat perhatian ramai. Gru mengambil tiga anak yatim iaitu Margo, Edith dan Agnes tinggal bersamanya untuk membantunya menunaikan hasrat untuk mencuri bulan tanpa pengetahuan mereka. Dia dibantu oleh Dr Nefario dan minion2 yang melucukan. Boleh jugak release tension tengok cerita kelakar macam ni. Selain kisah lucu yang membuat kita ketawa terbahak-bahak terselit juga babak2 menyentuh hati dan menunjukkan betapa pentingnya kasih sayang antara keluarga. Kasih sayang yang mampu mengubah seseorang.
So, terpulanglah kepada kawan2 sama ada ingin membawa anak anda menonton cerita ni atau tidak. Ianya seronok dan menghiburkan... Namun perlu diingat...di dalam setiap penerbitan filem pasti ada terselit unsur2 yang kurang menyenangkan jadi kanak2 perlukan bimbingan kita untuk menentukan corak hidup mereka...
Adios....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ya benner, sy udah nontonnya!!! mmg enak skali!! kelakar bangat.....10/10 bintang + extra 2 bintang utk part nangis + lagi 2 bintang sbb berjaya buat yap x tdo dlm panggung + 2 bintang lagi sbb dpt tgk 3D.....YEEEHAAAWWW....BEST
ReplyDeletetahniah..tahniah...buk....
ReplyDelete