Monday, July 26, 2010

Nak Awet Muda!!

Best ke jadi macam Benjamin Button.... awet muda tu.... tapi terpaksa tua dulu la...
Kali ni saya nak share pasal DVD The Curious Case of Benjamin Button.
Ceritanya mengenai seorang lelaki yang dilahirkan pada akhir perang dunia pertama. Ibunya meninggal dunia manakala bapanya Thomas Button tidak dapat menerima hakikat kelahiran anaknya yang ganjil. Benjamin dilahirkan tua dan didiagnos dengan pelbagai penyakit yang dialami warga tua. Bapanya meninggalkan di sebuah rumah jagaan warga emas dan dibela oleh Queenie dengan penuh kasih sayang.
Di situ dia berkenalan dengan Daisy Williams di zaman kanak2nya. Perkenalan mereka berkekalan walaupun berpisah sementara. Apabila Daisy meningkat dewasa,mereka bertemu kembali dan hidup bersama. Semakin hari...Benjamin menjadi semakin muda. Disebabkan dirinya yang tidak seperti insan lain, Benjamin membawa diri dengan harapan anak mereka menjalani kehidupan yang normal bersama ayah yang baru.
Cerita ini mengetengahkan konsep 'flash back' di mana Daisy digambarkan sudah tua dan meminta anaknya Caroline membaca diari Benjamin. Walaupun ceritanya agak tidak logik tetapi disebabkan garapan yang baik, kita hampir terlupa akan ketidaklogikannya. Pengakhiran yang menyentuh hati dan keseluruhan cerita yang menghiburkan. Cerita ini mengingatkan kita mengenai kehidupan kita, perlunya kita menghargai hidup; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, hidup sebelum mati.

Bila tengok cerita ni... tiba2 terfikir pasal satu application untuk iphone; Age Me. Sapa yang nak nampak tua? Nak awet muda ada lah.... siap touch up lagi gambar supaya nampak muda. Tapi apapun tengoklah apa yang mampu dibuat dengan app. ni;

Kesian....Aufa versi Benjamin Button....

Apapun...semua orang akan semakin berusia. Tapi kalau nak awet muda rajin2lah senyum ya.... Ataupun amalkan petua2 orang lama. Banyakkan minum air sambil berselawat, makan ulam dan sayur2an atau tempeklah apa2 produk yang sesuai dengan muka kita. Yang paling penting, kecantikan lahir dari dalam...jika jiwa bersih...keindahannya terpancar di wajah seseorang......

Semoga bertemu kembali.....

3 comments: