Friday, July 9, 2010

Kucing ke Kuntilanak???

Hello everybody.....salam hari Jumaat kepada semua. Sebab semalam malam Jumaat, aku pun teringat-ingatlah dengan satu peristiwa ni....

Benda ni berlaku tak lama dulu, dalam tahun ni jugak. Seram wei...seram....Tapi aku tak nak ler upload gambar seram2 kat blog aku ni sebab aku pun penakut gak. Ia berlaku melibatkan adik perempuanku. Dia ni memang hantu kucing....maksudnya sayang sangat kat kucing. Ada kot 10 ekor kucing kat rumah tu, yang kecik yang besar yang comey yang huduh pun ada dia bela....kebanyakkannya kucing terbiar...baik adik aku ni...hihihi...ni gambarnya:



Nama dia Amal Wahdi. Dalam banyak2 kucing ada 2 ekor kucing yang sangat disayanginya. Satu namanya Feimow...betul ka ejaan ni?! dan satu lagi Eva. Yang ni FeiMow:



Dan yang ni Eva:



Fullamak...gambar aku lagi besar dari kucing tu la plak...

Berbalik kepada cerita kita. Suatu hari Feimow keguguran sebab muda lagi dah mengandung...tapi dia bukan sengaja buang anak tau!! Wahdi pun tanamlah anak2 dia yang mati tu...dan cuci darah yang bersepah kat bilik tidur dia. Tapi dia terlupa sesuatu... Dia terlupa cuci gulungan getah tempat Feimow keguguran. Selepas beberapa hari baru dia teringat pasal getah tu dan cepat2 pergi basuh. Basuh bukan main sental lagi,bersihlah getah tu dan berbau sangatlah harum....Wahdi pun mengambil kesempatan menjadikan getah tu alas tidur.

Pada malam tu ketika tidur di atas lapik getah tu dia terasa ditindih sesuatu, dadanya sesak dan terdengar bunyi kucing sayup2 kedengaran. Dia buka mata dan nampak Feimow dan Eva tengah tidur, nyenyak lagi...tapi kucing mana plak yang dok berbunyi tu?! Dengan badan yang tak boleh digerakkan kerana ditindih sesuatu Wahdi terus membaca ayat Kursi berulang kali. Tidak putus2 Wahdi terkumat kamit membaca ayat Kursi. Tiba2 terdengar bunyi kucing bergaduh dengan kuatnya dan jelas sekali. Bunyi itu kemudian hilang. Wahdi kembali boleh menggerakkan badannya. Ternyata Feimow dan Eva sedang tidur. Jadi siapakah yang mengiow dan menindihnya?!

Keesokkan harinya Wahdi menceritakan kejadian itu kepada mak dan kami menganggap perkara itu mainan tidur. Di sebelah petangnya mak menonton tv rancangan mistik dan dalam rancangan tu ada menceitakan tentang pontianak. Pontianak mengeluarkan bunyi seakan-akan kucing dan berbunyi sayup-sayup bila berada dekat dengan kita. Suaranya menjadi kuat dan jelas bila dia jauh.

Aduh....bunyinya sama macam yang Wahdi dengar..Jadi SIAPA yang menindih Wahdi? dan bunyi APAKAH yang Wahdi dengar? Mungkinkah si pontianak ingin mencari darah yang sebelum ini melekat pada lapik getah yang dibuat alas tidur tu?? Kelibat si pontianak sering kelihatan di kawasan depan rumah kami. Walaupun kami tak pernah nampak, nauzubillah... janganlah nampak, tapi ada kawan2 dan kenalan yang pernah terserempak ketika berkunjung ke rumah kami terutamanya lewat malam.

So moral of the story adalah kepada kaum hawa...pastikan setiap kali datang bulan, buang 'barangan' kita tu secara berhemah...tau la kan macamana...kepada adik2 kat asrama tu pun sama kena hati2 jangan sepah2kan 'barangan' tu kat bilik air...kalau dah terlupa nak buang, bila ingat balik jangan ler segan silu nak ambik dan buang di tempat yang betul. Kita hidup bersama makhluk Allah yang lain so tak mustahillah benda ni boleh berlaku....wassalam....

2 comments:

  1. rupanya...tiap2 mlm 'dia' mai singgah kt lapik tu sblm ni....huhu....tp InsyaAllah, aku da dindingkn setiap penjuru bilik dgn ayat Kursi....shuhhh....shuhh...pi jauh...pi jauh naa, jgn mai lg dah

    ReplyDelete