Hari ni jugak birthday adikku, Khoirul Amal. Semalam dah celebrate, tp birthday boy yang beli kek kat Secret Recipe....kesian. So rasanya aku nak buat sesuatulah hari ni....takkan kek lagi...
Nampaknya kita cuba buat biskut Marble pulak lah....bahan2nya;
Biskut Marble Shortbread
1 paket biskut kegemaran (marie ke, tiger ke, tesco choice pun boleh)
1 paket butter
1 paket coklat masakan
1/2 paket coklat putih
1 sudu makan shortening
Biskut dihancurkan dan digaul dengan butter. Adunan biskut kemudiannya dipadatkan di dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak supaya senang dikeluarkan bila siap nanti. Base dibakar 10 minit pada suhu 170 darjah celcius. Basenya perlu disejukkan dulu sebelum langkah seterusnya.Cairkan coklat masakan bersama shortening secara double boiling dan tuang ke atas base biskut tadi. Titikkan coklat putih yang juga dicairkan kemudian lorekkan membentuk corak marble menggunakan lidi sate atau garfu. Corak terpulang kepada kreativiti.....Sejukkan dalam peti sejuk dan bila dah beku coklatnya boleh potong bentuk segiempat. Kalau ada loyang ber'cutter' lagi senang....
Biskut ini memang sedap tapi kalau nak buat untuk dijual di musim perayaan tak boleh ler sebab modalnya mahal. So base biskut tu bolehlah dibuat menggunakan tepung dan resepinya boleh diambil di sini;
http://resepiogy.blogspot.com/2008/06/resepi-biskut-raya-from-internet-2.html
Selamat mencuba......
No comments:
Post a Comment