1 Julai 2010.....Hari ini adalah permulaannya....
Niat untuk berblog ni sebenarnya dah lama, tapi tak tahu macamana nak mulakan. Jadi bersempena dengan berita gembira yang diterima di awal bulan ini, adalah sikit topik yang nak dikongsikan....
Hati berasa begitu teruja kerana bulan ini Majalah Rapi akan mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan diri aku. Bulan lepas aku didatangi seorang wartawan, Erny Hernani Hasyim yang merupakan penolong editor majalah Rapi. Dia nak berkongsi cerita pasal penyakit disebabkan salah urus kanta sentuh. Gabra jugak masa tu sebab dah lama tak kena interview, macam nak masuk dewan periksa pun ada gak....
So, dua hari lepas pagi2 lagi suamiku dah pergi beli majalah tu....bukan setakat artikel pasal penyakit mata...gambar aku pun terpampang sekali dalam tu, dua keping plak tu...rugi pulak aku tak touch up sket hari tu. Bukan apa, dua tahun lepas pernah jugak wartawan Harian Metro datang nak buat artikel pasal kanta sentuh warna...masa tu bukan main la make up sebab nak masuk surat khabar lah katakan....last2 bila keluar paper nampak jari je....tension-tension... Sebab tulah kali ni aku sempoi je. Agaknya tak boleh terlalu excited kot....
Apapun harap2 artikel tu boleh memberi maklumat serba sedikit kepada pengguna kanta sentuh. Walaupun kalau nak dicerita memang banyak lagi infonya. Tapi lebih baiklah berurusan terus dengan optometris sebab kalau setakat baca aje kadang2 ada yang keliru....Kepada yang pentingkan kesihatan dan penampilan diri...majalah Rapi ni memang banyak info2 yag berguna...bolehlah dapatkan di pasaran ye....tolong promote plak aku..he..he..he....
Terima kasihlah kepada Erny sebab bagi peluang akak masuk majalah...ekekekek.....
No comments:
Post a Comment