Saturday, July 10, 2010

Unbelievable....believe it...

Semalam saja2lah buka laman web Ripley's Believe It Or Not...macam2 benda pelik2 yang ditemui di seluruh dunia. Tapi aku tak nak upload gambar yang tersangat pelik tu sebab mana tau kot ada ibu2 mengandung yang baca blog ni, takut terkejut plak... tak elok untuk perkembangan baby. Aku terbaca pasal Sinkhole, Guatemala. So, terpikir plak nak share ngan kawan2 mengenai 7 lubang yang menakjubkan di seluruh dunia....

1. Bingham Canyon Mine

Bingham Canyon Mine juga dikenali sebagai Kennecott Copper Mine, merupakan lombong tembaga yang terletak di Utah, USA, iaitu di pergunungan Oquirrh. Ia beroperasi sejak 1906, menghasilkan lubang sedalam 1.2 km, 4 km lebar dan melibatkan kawasan seluas 1,900 ekar (7.7 km²). Menurut Kennecot yang merupakan pengurus lombong ini, Bingham Canyon merupakan lubang buatan manusia terbesar di dunia.






2. Mirny Diamond Mine

Mirny Mine merupakan lombong berlian yang terletak di Mirny, Siberia Timur, Rusia. Ia berukuran 525 meter dalam dan berdiameter 1,200 meter,dan menjadi lubang buatan kedua terbesar selepas Bingham Canyon Mine. Ruang udara di atasnya ditutup untuk helikopter kerana berlaku beberapa kes helikopter tersedut masuk ke dalamnya kerana tarikan udara di dalamnya.






Anak panah merah menunjukkan perbandingan trak pengangkut besar dengan keseluruhan lombong.



3. Kimberley Big Hole

Merupakan sebuah lombong berlian di Kimberley, South Africa dan dikatakan sebagai lombong terbesar buatan manusia dan bukan menggunakan kapal korek. Ia melibatkan kawasan permukaan seluas 17 hektar (42 ekar) dan lebarnya 463 meter (1,519 kaki). Ia dikorek sedalam 240 meter , tetapi terkambus dengan tanah sehingga menjadikan kedalamannya 215 meter. Sejak itu ia dipenuhi air setinggi 40 meter menjadikan kedalaman lubang yang boleh dilihat 175 metres sahaja. Dari pertengahan Julai 1871 hingga 1914, seramai 50,000 pelombong mengorek lubang ini menggunakan alatan menggali dan memperolehi kira-kira 2,720 kilogram berlian. Ia ditutup pada tahun 1914 kerana sebab-sebab keselamatan dan produktiviti lombong tersebut.




Terdapat kontroversi yang mengatakan bahawa Big Hole bukanlah lombong terbesar buatan manusia kerana setelah kajian dibuat terdapat sebuah lagi lombong dikorek di Afrika Selatan iaitu Jagersfontein Mine. Big Hole diwar2kan sebagai yang pertama terbesar hanya sebagai tarikan pelancong.



4. Glory Hole, Monticello Dam

Lubang ini dibina di tasik Berryessa bersama-sama dengan empangan Monticello. Empangan ini merupakan empangan janakuasa elektrik seperti tasik Kenyir di Malaysia. Jika tasik Kenyir menggunakan alur limpah untuk mengalirkan air yang berlebihan, Empangan Monticello menggunakan Glory Hole untuk tujuan yang sama.
Keluasan lubang paling besar adalah 72 kaki dan mengecil kepada kira2 28 kaki. Ia dibina bagi menampung air sebanyak 362,000 gelen sesaat iaitu ketika paras air tasik meningkat 15.5 kaki di atas paras lubang tersebut.












5. Great Blue Hole, Belize

Great Blue Hole merupakan lubang yang terbentuk secara semulajadi disebabkan aktiviti bumi di perairan Belize. Terletak di tengah-tengah Lighthouse Reef, iaitu pulau batu karang, 70 kilometer dari daratan dan bandar Belize. Ianya berbentuk bulat berdiameter lebih 300 meter dan 125 meter dalam.



Merupakan salah satu tempat tercantik untuk melakukan aktiviti scuba diving...



6. Diavik Mine, Canada

Diavik Diamond Mine merupakan lombong berlian diamond terletak di North Slave Region , Canada, lebih kurang 300 kilometer utara Yellowknife. Ia menjadi antara sumber ekonomi utama dan menghasilkan 8 juta karat (1600kg) berlian setahun.






7. Sinkhole Guatemala

Lubang ini terhasil disebabkan mendapan air. Kejadian ini benar2 menggemparkan dunia terutamanya penduduk Guatemala. Ianya selebar 18 meter dan kedalamannya bersamaan bangunan 30 tingkat.



Bandingkan saja saiznya dengan Statue Of Liberty...





1 comment: