Monday, July 5, 2010

Krim Karamel atau Puding Gula Hangus




Semalam aku buat krim karamel ni atau nama lainnya flan. Dah banyak kali buat tapi payah benar nak dapat hasil se'perfect' kat dalam gambar kat atas tu...yang tu bukan aku buat, gambar tu aku cilok kat laman web...terima kasihlah tuan empunya gambar. ada dua resepi yang aku ada untuk membuatnya:

1. Resepi 1 (aku dapat dari rancangan Wanita Hari Ini kot...tak pasti)

Bahan2:
500 ml susu segar
500 ml krim putar
8 biji telur
70 gram gula (boleh kurang kalau tak suka manis sangat)
sedikit esen vanila

2. Resepi 2 (makngah aku bagi)

Bahan2:
6 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 tin air (guna tin susu cair tu)
sedikit esen vanila

Cara menyediakannya mudah jer..Campurkan semua bahan kemudian ketepikan. Sediakan karamelnya dengan memasak gula bersama sedikit air sehingga berwarna keperangan, jangan sampai hangit pulak...itu namanya puding gula hangit bukan puding gula hangus. Bila dah cantik warna dan baunya tuangkan ke dalan acuan tak kiralah acuan besar ke atau acuan kecik2...Dengan segera tuang adunan krim ke atas karamel. Boleh dikukus atau dibakar secara double boiling (betul ke istilah aku ni??)maksudnya bakar di dalam bekas berisi air) sampai masak (macam kita test kek tu..cucuk dengan lidi..atau satu lagi...aku pun tak reti nak 'translate'kan keadaan ni...the centers of the custard should jiggle slightly

Tips untuk hasil yang baik (walaupun diri sendiri belum berjaya..hihihi..)
1.Bagi kedua2 resepi, ketika mencampurkan bahan-bahan jangan dipukul terlalu kuat kerana ia akan menghasilkan buih2 udara.
2.Tapis adunan krim untuk menghasilkan puding yang 'smooth'
3.Kalau guna gula,pastikan gula betul larut ketika membancuh adunan krimnya.
4.Lagi elok kalau kurangkan telur putih, contohnya 4 biji telur + 2 kuning telur, yang putih tu bolehlah simpan dan guna dalam resepi lain, jangan buang membazir...
5.Ketika membakar atau mengukus boleh dialas bawah acuan dengan tuala kecil
6.Gunakan pisau butter disekeliling adunan yang telah siap agar memudahkan untuk dikeluarkan dari acuan.

Selamat mencuba kerana aku pun akan terus mencuba sampai dapat....heeee...

No comments:

Post a Comment