Masih terkenang lagi di majlis inilah pertama kali aku bertemu dengan bakal ibu dan bapa mertua. Perasaan memang bercampur baur...gembira, gabra, takut, seronok...macam2. Bagi suamiku Mohd Ferdaus Sari, majlis konvokesyen ini juga merupakan hadiah harijadi buat ayahandanya yang tersayang Ust Sari bin Jumiran yang kebetulan menyambut ulangtahun kelahirannya juga pada 2 Julai. Namun kini sudah setahun ayah pergi menemui Ilahi....semoga ayah ditempatkan di kalangan insan2 yang soleh di sisi-Nya.
Sepatutnya pada hari itu aku menerima jambangan bunga yang istimewa daripada suamiku, namun disebabkan aku lewat sampai, si penjual bunga dah hilang entah ke mana. Sedih juga sebab ramai yang dapat jambangan bunga...tapi semuanya dah berlalu... Aku pun dah puas menerima bunga daripada suami sepanjang 8 tahun perkahwinan kami......Terima kasih abang...
diam tak diam dah 10 tahun convo...
ReplyDelete