
Repoman tengok tak habis sebab dah mengantuk sangat. Rasa2nya kejap lagi kot sambung tengok.Tapi takut la tengok cerita ni...orang lain tarik kereta, dia tarik organ badan orang yang tak mampu bayar kos pembedahannya. Contohnya ada orang tu perlukan hati, tapi tak ada duit so ada satu syarikat ni yang tawarkan pinjaman untuk pembedahan hati. Tapi sampai satu2 masa bila si peminjam tak dapat bayar, si repoman ni la yang pergi ambil balik hati dia...pelikkan?!


Bahagian kanan airterjun mengalir seperti biasa manakala di bahagian kiri, alirannya memasuki lubang Devil's Kettle....
Devil's Kettle Fall terletak di Judge Magney State Park, Minnesota. Ia dikatakan pelik kerana air terjunnya terbahagi kepada dua. Satu bahagian mengalir ke sungai seperti biasa dan satu bahagian lagi iaitu aliran di sebelah kiri menuju ke sebuah lubang dikenali sebagai Devil's Kettle dan hilang begitu sahaja tanpa diketahui arah tujunya. Airnya dipercayai keluar ke Lake Superior melalui laluan bawah tanah tetapi maklumat terperincinya tidak diketahui.

Para pengkaji memasukkan pewarna dan kayu2 yang ditanda melalui lubang itu tetapi tiada satupun yang dijumpai keluar dari situ. Ke mana agaknya aliran air itu pergi ya?? Agaknya macam lubang hitam kot....Misteri bukan?! Semuanya kuasa Allah....
No comments:
Post a Comment