Friday, July 16, 2010

Jom Cari Makan....

Dah dua minggu asyik makan nasi ayam Pak Mal. Minggu ni tukar selera lah pulak.... Memang setiap hari Jumaat kami keluar makan2 sebab waktu rehat sebelum solat Jumaat tu panjang sket la... Lepas ambil Nurin dalam pukul 12 tgh...misi mencari kedai2 makan yang sedap pun bermula. Kali ni kami nak tuju ke JM Bariani House. Selalunya kalau nak makan bariani JM ni kami pergi ke Tesco Shah Alam, tapi sekarang ni diorang dah buka cawangan di seksyen 7...dekat la sikit.

Kat sini yang istimewanya bariani gam la....tapi ada hari-harinya. Hari ni Jumaat ada bariani biasa saja. Bariani Gam Ayam hari Rabu, Bariani Gam Kambing hari Sabtu...rasanyalah....Harganya sederhana...nak kata murah tak sangat, mahal pun tak. Satu lagi yang istimewa mee bandung muar. Tapi kalau nak kira...kalau mee bandung mestilah homemade yang lebih sedap kih..kih..kih...tapi yang paling sedap of course la yang makan di di tempat asalnya Muar, Johor....(tiap kali balik raya mesti cari...)

Macam biasa ayah order bariani kambing dan mama pulak bariani ayam goreng....Farhat memang tak suka makan macam ni so, dia cuma order mushroom soup n garlic bread dari kedai ayamas kat sebelah. Nurin dan Aufa pun makan bariani ayam....

Biasalah sebelum makan, sesi fotografi dulu....

Lagi.....

Dan lagi......

Jadi, tunggu apa lagi...moh kita menjamu selera....

Mmmm....kenyang... Cepat Farhat dah nak kena ke sekolah, ayah nak pergi sembahyang Jumaat...mama, Nurin n Aufa balik ke kedai...zzzzzz.....hihihi.....

1 comment: