Saturday, July 31, 2010

Sarapan Di Sinar....

Yippee..... Kelmarin aku dapat panggilan dari SinarFm...aku dapat jemputan bawa famili pergi sarapan bersama penyampai Sinar di Putrajaya. Selepas solat Subuh...kami pun bersiap ke sana. Pendaftaran pukul 7.00 pagi tapi kami sampai agak lewat sebab konfius sikit ngan jalan kat sana. Nasib baik acara belum start lagi. Sampai aje terus cari tempat untuk bentang tikar...maklumlah makan ala berkelah kat atas jambatan Taman Empangan Putrajaya. Best la...dapat jumpa penyampai2 Sinar. Dan yang paling best dapat jumpa Abang Jem dan Abinov Fanaskova la.... Rasa terhibur gak la dengan gelagat penyampai dan beramah mesra ngan peminat Sinarfm yang lain..... Semoga berpeluang lagi di lain kali... Gambar?! Ada....takkan tak dak.....

Gelak sakan laki aku ni jumpa SY.
Jangan nak tambah sorang lagi macam dia sudah....
Bersama Abby Fana....
Abinov Fanaskova memang Vazz.
KE bawak karipap...SEDAP!!
Nurin sampai nak mintak lebih...
Nila Kurnia and her daughter...comel kan?!
Ni kuih raya Abang Jem bawak...siap boleh tempah katanya....
Aufa ngan kuih raya Mak Neng.....
Pak Tam bawak chocolate cake untuk dessert
Budak2 pun suka......
Antara famili yang datang....

Aufa berkenan sungguh dengan popia simpul Abby Fana,
siap nak tapau bawak balik.
Gaya retro suamiku....
JJ bawak pulut kuning ngan rendang daging.
Farhat tambah lagi chocolate cake Pak Tam
Selain nasi lemak mee goreng pun ada...
Makanan di taja oleh Kuzie Catering yang buka cawangan Serambi Pak Engku
Gelagat KE, SY dan Krill yang menghiburkan
Abang Jem mengajar senaman poco-poco selepas sarapan
Krill pulak buat senaman tolak bala....
Anjeman mengelak dari buat senaman...
Diorang ni memang sempoi....

Dua gambar kat bawah ni diambil dari laman web sinar. http://sinar.fm/
Sesi penyampaian cenderamata.
Sesi bergambar beramai-ramai...
Terima kasih Sinar FM....I Follow......

Friday, July 30, 2010

Jom MainTeka Teki....

Cuba uols tengok gambar ni.....di mana silapnya, apa yang peliknya?! Ala-ala cari benda tersembunyi la.....


Kalau uols dapat cari di mana peliknya....uols memang terra merra strawberra....tapi kalau yang dok tercari2 tu...cuba fikir binatang apalah ni? Wujud ke kat dunia ni?!

Thursday, July 29, 2010

I KnOW WhAt aRe YoU DOinG

Saya tau apa yang uols tengah buat......
Cuba tengok gambar ni dekat-dekat sikit ye....




Sekarang undur ke belakang sejauh mungkin...tapi pastikan tulisannya masih boleh dibaca...... Apa dia tulis?
Pelik kan?! Hehehe......

Wednesday, July 28, 2010

Mengintai Apa Tu?

Nak tanya sikit la.... Boleh baca tak? Tentulah boleh kan.... Tengok dekat2 sikit ye....
Apa yang ditulis dalam gambar di bawah ni.....


Senang tak nak baca? Ada orang senang nak baca, ada yang susah.
Kalau susah.....cuba tengok gambar ni dari sebelah kiri (duduk di sebelah kiri kemudian pandang gambar dari tepi) Bukan otak kuning tau...tapi just nak test mata dan otak kita.....
Dah nampak? Pelik kan?!
Kalau orang tengok cara uols tengok gambar ni mesti orang akan tanya....Mengintai apa tu.....?

Tuesday, July 27, 2010

Buah2an dari Russia.....

Tajuknya agak pelik...tapi sebenarnya pasal buah hatiku dari Russia bawak balik buah tangan...tak ke buah2an tu...
Setahun sudah berlalu, Ruhi adikku balik cuti lagi tahun ni..... Macam biasa kami pergi ambil dia dekat KLIA. Memang seronok la sebab lama tak jumpa Ruhi, lepaslah rindu mak yang dah lama menunggu. Wahdi yang bawak kereta. Ingatkan tak nak parking tapi sebab Ruhi punya beg lambat sampai, Wahdi pun terpaksalah parking juga. Kami pun tunggulah Ruhi.....
Setengah jam menunggu, Ruhi pun sampai.....
Bukan main laju Ruhi tolak troli...tak sabar2 nak jumpa...

Alamak...blur la pulak gambar ni...
Sempat posing sebelum balik....
Kenapa tu mak??

Masa nak balik, Wahdi baru sedar chip parking dia hilang...mungkin terjatuh masa sibuk angkat barang Ruhi. Kesian dia kena bayar RM50 denda kehilangan chip + parking RM6 lebih. Nasib baik dia ada duit.
Sampai di rumah, macam biasalah acara membuka beg. Biasalah kalau balik dari obersi mesti ada buah tangan dan makan2 coklat.
Antara yang Ruhi bawak dari Russia;

Acara makan coklat...sekejap je dah kosong...
Coklat putih ngan kelapa.....
Keychain dan music box
Souvenir yang popular di Russia
Macam kat dalam kartun Higglytown Heroes tu....

Tahun lepas Ruhi bawak balik T-shirt untuk semua orang tapi kali ni dia beli untuk aweks2 abang2 dan adik dia la pulak. Takkan semua nak kot...kopak ler Ruhi....yang lain2 tahun depan pulak ye.....
Tahun ni, Ruhi balik kejap aje....31hb Ogos nanti balik sana balik....huhuhu...tak sempat nak raya kat sini. Takpelah nanti sebelum balik aku belanja lamb chop okay Ruhi.....

Monday, July 26, 2010

Nak Awet Muda!!

Best ke jadi macam Benjamin Button.... awet muda tu.... tapi terpaksa tua dulu la...
Kali ni saya nak share pasal DVD The Curious Case of Benjamin Button.
Ceritanya mengenai seorang lelaki yang dilahirkan pada akhir perang dunia pertama. Ibunya meninggal dunia manakala bapanya Thomas Button tidak dapat menerima hakikat kelahiran anaknya yang ganjil. Benjamin dilahirkan tua dan didiagnos dengan pelbagai penyakit yang dialami warga tua. Bapanya meninggalkan di sebuah rumah jagaan warga emas dan dibela oleh Queenie dengan penuh kasih sayang.
Di situ dia berkenalan dengan Daisy Williams di zaman kanak2nya. Perkenalan mereka berkekalan walaupun berpisah sementara. Apabila Daisy meningkat dewasa,mereka bertemu kembali dan hidup bersama. Semakin hari...Benjamin menjadi semakin muda. Disebabkan dirinya yang tidak seperti insan lain, Benjamin membawa diri dengan harapan anak mereka menjalani kehidupan yang normal bersama ayah yang baru.
Cerita ini mengetengahkan konsep 'flash back' di mana Daisy digambarkan sudah tua dan meminta anaknya Caroline membaca diari Benjamin. Walaupun ceritanya agak tidak logik tetapi disebabkan garapan yang baik, kita hampir terlupa akan ketidaklogikannya. Pengakhiran yang menyentuh hati dan keseluruhan cerita yang menghiburkan. Cerita ini mengingatkan kita mengenai kehidupan kita, perlunya kita menghargai hidup; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, hidup sebelum mati.

Bila tengok cerita ni... tiba2 terfikir pasal satu application untuk iphone; Age Me. Sapa yang nak nampak tua? Nak awet muda ada lah.... siap touch up lagi gambar supaya nampak muda. Tapi apapun tengoklah apa yang mampu dibuat dengan app. ni;

Kesian....Aufa versi Benjamin Button....

Apapun...semua orang akan semakin berusia. Tapi kalau nak awet muda rajin2lah senyum ya.... Ataupun amalkan petua2 orang lama. Banyakkan minum air sambil berselawat, makan ulam dan sayur2an atau tempeklah apa2 produk yang sesuai dengan muka kita. Yang paling penting, kecantikan lahir dari dalam...jika jiwa bersih...keindahannya terpancar di wajah seseorang......

Semoga bertemu kembali.....

Saturday, July 24, 2010

Fanatik Buzz Lightyear



Kalau dah minat tu...macam-macam hal. Kali ni aku nak bercerita pasal Toy Story. Cerita ni memang ramai peminatnya... bukan hanya minat nak tengok wayang ke DVD ke tapi minat jugak dengan barangan permainannya.



Woody, Buzz, Jessie dan kawan2 kini kembali di dalam TOY STORY 3. Cerita ni dah lama ditayangkan di panggung... cuma aku baru terfikir nak buat entry pasal ni... Andy sekarang dah besar dan akan memasuki kolej. Dia terpaksa meninggalkan barang2 mainannya. Kisah pengembaraan bermula apabila barang2 mainan Andy yang sepatutnya di simpan di loteng rumah secara tidak sengaja didermakan ke Sunnyside Daycare Center dan menjadi bahan permainan kanak2 di situ... Kemunculan watak Lotso Bear menambahkan lagi aksi dalam filem tu. Memang seronoklah menonton... babak yang menyentuh hati pun ada. Bila tengok cerita ni teringat balik kepada barang mainan anak2 kita. Walaupun cerita kartun tapi ada realitinya terutamanya mainan yang habis dikerjakan budak2...



Tapi nampaknya populariti Buzz Lightyear lagi menyerlah daripada heronya Woody. Bukan tak minat Woody tapi mungkin wataknya biasa jika dibandingkan dengan Buzz yang lebih 'adventurous'.

Anak2ku tidak terkecuali.... Ingatkan nak suruh Aufa beli Latso sebab bearnya berbau wangi macam strawberi sama macam dalam filem tu tapi dia watak jahat la pulak.... So, pujuk Aufa beli Jessie, tapi tetap nak Buzz Lightyear jugak... Ini Aufa dengan Buzz Lightyearnya yang baru walaupun yang lama dah ada.

 
Tidak cukup dengan itu, adikku Dhiaaul Amal yang nak SPM tahun ni pun....sama jugak!! Tapi dia beli yang hebat sikit la... yang ada suara punya, Buzz Lightyear Movie Collection;

                                                                                 
Tengok tu...bukan baca buku, dok study pasal Buzz Lightyear la pulak....


Tapi...yang ni lagi teruk....dah besar pun minat jugak.....


Nama dia ni sebenarnya Steve Bolton, 26. Tapi sebab nak membuktikan yang dia ni peminat setia Toy Story, dia sanggup pergi ubah nama dia kepada Buzz Lightyear secara rasminya.












Menurut Newslite.tv, mekanik dari West Bromwich ini berkata dia amat menyukai dua filem Toy Story yang terdahulu dan ingin melakukan sesuatu yang istimewa di majlis pelancaran Toy Story 3.







Dia juga menukarkan namanya pada kredit kad, pasport dan bil2.










Inilah yang dikatakan peminat fanatik.

Pelik kan?! Credit to Newslite.tv....

Friday, July 23, 2010

10K LESAP!!

Pengalamanku lagi.....



Ini bukan kes rompakan ke, kes pukau atau kes tipu sistem piramid....

Ini kes sebab aku tak dapat jawab


TEKA LAGU MERAPU KEMBALI
di Sinar FM..


Waaa.....huhuhuhu....


Memang itulah kerja aku selama beberapa hari ni... kiranya earphone tu tak lekanglah dari telinga... pen tu tak lepas dari tangan... ye ke?! Ada la kot... kejap2 pi toilet ke... makan... n solat....
Dari pagi sampai ke malam..... Sebelum ni pun ada pernah cuba gak...tapi tak dapat nak tembus talian.... Susah wei!! Sampai kejang2 tangan dok mendail. Klu dah memang dok kumpul la.....

Tiba2.....

Semalam, waktu aku tengah dok sedap pekena pisang goreng, tangan aku ni gatal la nak cuba dail walaupun 1 lagu lagi, aku tak berapa pasti..... tup-tup.... sekali dapat la pulak.... Suara Najman yang keluar masa tu.... Gabra giler beb..... Masa tu barulah terkial2 nak teraba2 cari note aku yang cukup berharga tu.....walaupun ada satu lagu aku tak sempat nak bedah siasat lagi.... Aku pun menjawab antara konfiden ngan tak.....

4 BETULLL!!! Tapi takde rezeki nak dapat RM9950...cuba lagi ye Amalina.....


Adoyai!!! Menangis jugak aku ni...ishk..ishk..ishk......

Aku try gak nak cuba sebelah malamnya, lebih bersedia dengan jawapan yang memang aku konfiden.... Tapi tak dapat tembus talian la pulak.... Sekali lagi tup-tup.....caller dalam next segment tu dapat jawab.... terlepas aku..... Menangis lagi......waaaa......

Malamnya aku tak dapat melelapkan mata....terkebil2...terkebil2...... Teringat aku kat satu lagu ni.....

Andai Dapat Ku Undur Masa

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

AXL


Walaupun bukan berpisah ngan kekasih....sedih dan pilu gak terpaksa ucap selamat tinggal kat 10 K tu....huhuhu..... Bila dibelek-belek balik nota yang aku tulis tu... memang lagu yang betul tu dah ada dalam catatan... cuma masa tu tak sempat kaji... dail tiba2 dapat... gabra lagi.... semua cukup.... Andai dapat kuundur masa....huhuhu.....

Itulah yang dinamakan rezeki..... Semuanya Allah yang tentukan. Ada orang yang tiba2 boleh kaya sekelip mata macam amah Filipino yang kerja kat Singapore tu...warisi 14 JUTA.... ada orang yang nasi dah nak disuap ke mulut pun boleh jatuh ke lantai..... Aku redha.... mungkin Allah nak bagi yang lebih baik...... aku tak akan putus mencuba.... doakan lah ye.......

Apapun tahniah kepada caller yang menang tu...Khairol Amir dari Serdang, Kedah...

Thursday, July 22, 2010

GERAMNYA!!! Ada Pihak Salahguna Gambar Achik Spin

Sebelum ini aku ada bertanyakan kawan2 tentang gambar ni;

Ramai yang memberi respon mengatakan ini gambar Allahyarham Achik Spin. Aku sendiri pernah melihat gambar ini...tetapi versi yang sempurna, bukan macam ni. Mungkin di majalah atau suratkhabar aku pun tak pasti. Jadi adakah benar apa yang aku sangka selama ini....

Seperti yang dijanjkan...inilah benda yang membuatkan hatiku ini meluap2 geram....

Aku tak pasti betulkah apa yang ada di depan mata. Sebenarnya aku dah nampak iklan ni minggu lepas, tapi teragak2 nak tulis kat sini.... Semakin hari makin menyirap darah ni bila tengok. Kenapalah sanggup mereka menggunakan gambar Allahyarham Achik Spin untuk tujuan mengiklankan Wat Tok Sami Siam...Apa perasaan keluarga Allahyarham bila terbaca iklan ni...Aku yang tak da kena mengena ni pun dah rasa geram dan sakit hati...sedih pun ada gak.... Tak patut sungguh..... Gerammmmnya........ Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Achik dan menempatkannya di kalangan orang2 yang beriman...Al-Fatihah.....

Wallahualam.....tak taulah betul atau tidak apa yang kucoretkan di sini. Kepada keluarga Allahyarham....maaf dipinta kerana menggunakan gambar ini di dalam blog ini. Semoga Tasya dan keluarga  tabah menempuh segala dugaan ini...