Friday, August 13, 2010

Ayam Penyet- AP VS Wong Solo



Alhamdulliah....hari ini masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Agak-agak nak berbuka apa petang ni ya?! Di bulan Ramadhan ini perlulah kita berjimat cermat. Jadi kalau terfikir nak ke bazar Ramadhan tu pastikan ada budget tertentu...jangan beli ikut selera aje. Fikir betul-betul sebelum beli, mampukah kita menghabiskan semua makanan tu takut nanti tong sampah pulak yang kenyang.
Bercakap pasal menu berbuka terfikir pulak nak tulis mengenai ayam penyet. Ayam penyet tu menu yang popular di Indonesia. Jika di Malaysia ni, dua restoran popular yang menawarkan menu ini adalah Restoran Ayam Bakar Wong Solo dan Restoran Ayam Penyet-AP. Yang mana satu yang kita nak pilih?

Jika di Seksyen 7 Shah Alam ni, dua-dua restoran ada dan kedua-duanya terletak di kawasan yang sama iaitu berhampiran Wisma Jakel di hadapan pintu 2 UITM. Pada pendapat peribadi saya ayam dan sambal yang disediakan di Wong Solo lebih enak jika dibandingkan dengan AP tapi kalau lebih suka pedas, ayam penyet AP lebih menyengat...berasap telinga... Wong Solo juga menyediakan beberapa pakej makanan berserta minuman sedangkan di AP kita perlu pandai memilih kombinasi makanan sendiri. Namun dari segi harga rasanya AP agak murah berbanding Wong Solo. Kalau tak berkira tentang harga bolehlah pilih Wong Solo. Dari segi menu pula, pilihan makanan di Wong Solo lebih kurang sama sahaja dengan AP. Kelainannya di AP, tiada pekerja yang mengambil order sebaliknya kita diberikan borang order untuk diisi sendiri, so kalau silap tanda tu bukan salah pengambil order tapi salah diri sendiri.... Di Wong Solo pulak kita boleh makan lepak-lepak dan duduk-duduk bersila sebab ada disediakan tempatnya.
Antara menu kegemaran kami di Wong Solo adalah set ayam bakar dan set ayam penyet. Di AP pulak ayam penyet, soto ayam dan gado-gado. tapi perlu diingat, kalau nak makan gado-gado dan soto, makan soto dulu sebab rasa gado-gado akan menenggelamkan rasa soto jika soto dimakan  kemudiannya. Maknanya gado-gado lagi sedap la kot....hehehe....
Koleksi gambar;
Restoran Ayam Bakar Wong Solo
Jom pilih apa nak makan...
Ayam Penyet
Mee Goreng...alamak terjatuh plak keropok tu...

Restoran Ayam Penyet-AP
Antara menu pilihan di Ayam Penyet-AP
Dendeng Belado
Ayam Penyet
Gado-gado

Apa-apapun kesedapan sesuatu makanan adalah subjektif dan bergantung kepada citarasa individu....so terpulanglah...Lain kali kita share resepinya ok....Bye...

2 comments:

  1. harga camne eh cik amalina?
    ade pakej x kat AP tu?

    ReplyDelete
  2. sorry lambat plak nak jawab.
    Kat Ap takde pakej kena pandai2 mix and match. So hati2 supaya tak terlebih budget ye!!

    ReplyDelete