Monday, August 23, 2010

Halal Ke?

Sekadar renungan untuk umat Islam dan saya cuma menjalankan tanggungjawab untuk berkongsi apa yang telah dikaji. Kepada semua pembaca, jangan mudah melenting dengan pendedahan ini. Terpulanglah kepada waras akal masing-masing untuk memilih yang terbaik dan HALAL. Mungkin sukar untuk kita terima kenyataan kerana perkara ini tidak didedahkan secara meluas di kaca TV mahupun surat khabar untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu namun kita sebagai umat Islam wajib mengambiltahu perkara sebegini. Bermula sekarang, carilah alternatif agar kita tidak terus menggunakan produk yang tidak disahkan HALAL....

Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya
1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut  Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberitahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Di atas Terutama Pakaian Sembahyang.  Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!

Saya sendiri masih tertanya-tanya benarkah kajian yang dilakukan ini dan kenapa tidak dihebahkan. Apapun untuk menghilangkan segala keraguan bolehlah kita merujuk kepada pihak JAKIM. Jika mereka sudah mengesahkan ia halal, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi kerana mereka adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab persoalan halal haram. Di laman web mereka juga kita boleh bertanya soalan dan membuat aduan. Gunakanlah laman web itu sebaik mungkin.

Ada juga produk yang tersenarai,ada logo halal Jakim tersenarai contohnya Maggi, KFC, McDonalds dll, jadi bolehlah rujuk semula di sini:
http://www.halal.gov.my

Untuk maklumat yang lebih lanjut, bolehlah merujuk di sini....Wallahualam. 

Namun, jika kita masih ragu-ragu...eloklah ditinggalkan kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui.... Wallahualam.....

Sunday, August 22, 2010

Ayam Tiruan!

Agak terkedu juga di kala membaca satu e-mail yang ditujukan kepada ayah. E-mailnya dah lama diterima tapi baru terfikir nak tulis dalam blog ni. Bagi sesiapa yang rasanya mudah merasa loya atau nak termuntah...baik tak payah tengok. Tapi perkara ni perlu juga dikongsi terutamanya bagi mereka-mereka yang sering ke Indonesia. Gambar-gambarnya juga terdapat di dalam beberapa blog dari seberang. Terima kasih kepada pengirim e-mail ini kerana sudi berkongsi. Peringatannya kalau kita ke Indonesia, lebih baik jika kita makan di restoran yang agak terkenal dan HALAL. Jangan beli makanan di pasar-pasar di tepi jalan. Tidak menghairankan pun kerana di Malaysia sendiri pernah berlaku seoarang pemuda ditangkap kerana menjual pau dari daging kucing terbiar....Nauzubillah....... Tapi inilah hakikatnya;

Tikus-tikus yang berkeliaran ditangkap
Dikumpulkan dan siap untuk diproses

Dibuang bulu dan dipotong seakan-akan peha ayam. Bahagian lain dipotong kecil untuk dibuat sup atau sebagainya
Sedia untuk dimasak
Setelah siap digoreng, dagingnya memang kelihatan seperti ayam.
Pandangan dari dekat, memang kelihatan sama seperti ayam.
Bagaimana pula dengan bahagian2 kecil yang digunakan dalam sup dan rencah dalam mee pasti sukar dipastikan bukan?!
Apa yang membezakan cuma tulangnya lebih kecil dan lemaknya yang lebih banyak. Tapi ada juga ayam kecil dan lemak yang banyak boleh dibuang.

 Jadi berhati-hatilah ketika memilih makanan. Ada tips mengelakkan tertipu yang saya dapat dari laman web
 http://berita-kilat.blogspot.com

Antaranya:
1. Kalau nak beli juga ayam di tepi jalan, tanyakan bahagian kepak kerana tikus tak ada kepak. Tapi boleh aje kalau si penjual tu jual kepak ayam tapi bersekali ngan daging tikus....Serammmm...
2. Daging tikus seratnya lebih halus dan banyak lemak.
3. Pori-pori pada kulitnya lebih halus kerana bulunya halus berbanding ayam yang bulu pelepahnya kasar2.

Apapun....semoga kita tidak termakan benda-benda pelik begini...

Wednesday, August 18, 2010

Bufet Ramadhan Halal

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali tibanya Ramadhan banyak pengusaha makanan yang menganjurkan Bufet Ramadhan tak kira hotel atau restoran termasuklah yang tak ada sijil halal pun hidangkan makanan untuk orang berbuka puasa...macam mana tu?! Jadi sebagai kita sebagai insan yang diberi akal, fikirlah dan buat pilihan yang tepat. Pastikan makanan yang disajikan benar-benar HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging. Pastikan juga tempat kita nak berbuka tu ada disediakan surau, supaya tidak terlepas waktu solat Maghrib pulak nanti....Makan, makan juga...Solat jangan tinggal....

Bagi diriku agak serik juga untuk makan secara bufet di bulan Ramadhan ni. Bukan sebab tempat yang aku pergi tu tak halal, McDonalds aje pun bukan hotel tapi disebabkan satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Perkara ni berlaku 5-6 tahun lepas. Masa tu anak pun baru seorang, so bila adik-adik ajak pergi bufet Ramadhan McDonalds aku pun ikut la sekali. Biasalah bila puasa ni memanglah dahaga. Bila sampai waktu berbuka aku terus teguk Coke dalam 1/2 gelas kot. Tak perasan pulak diorang ada sediakan air sirap bandung. Lepas makan sebiji burger dan dua tiga ketul nugget, mata aku naik berpinar2, kepala rasa berpusing bukan lagi 360 darjah tapi lebih lagi kot....Rasa sesak sangat nafas ni, masa tu memang rasa macam dah nak pitam. Aku tarik tangan adik aku, minta dia tolong hantar ke toilet tapi mungkin dia tak perasan, so aku terpaksa menapak ke toilet sorang diri. Aku berdoa supaya aku tak jatuh pengsan. Sampai di toilet habis isi perut keluar, baru rasa lega. Ini semua gara2 Coke punya pasal la ni... perut kosong...tiba-tiba isi pulak dengan air bergas mana tak meletop... Dalam hati aku malu yang amat sangat bila terfikir...'kalaulah aku pengsan, orang mesti cakap aku belasah makanan sampai sesak nafas, orang utara cakap 'mentekedarah' (melantak) sampai tak ingat dunia. Tak ke malu tu..... Serik...serik...nasib baik tak pengsan. Apapun itu semua kenangan yang mengajar kita supaya lebih matang. So kalau nak makan tu...berpada-padalah ye terutamanya di bulan mulia ni. Pesanan untuk diri sendiri jugak.....

Alang-alang dah bercerita pasal bufet ni, kat sini ada senarai hotel yang telah mendapat sijil halal JAKIM, diambil dari akhbar KOSMO, 11 Ogos 2010. Yang lain-lain tu boleh rujuk balik di laman web ni okay.....


Lima Bintang
Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Hotel Evergreen Laurel, Pulau Pinang
Hotel Grand Dorsett Labuan, Sabah
Hotel Pan Pacific, KLIA
Hotel Legend, Kuala Lumpur
Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
Hotel Istana, Kuala Lumpur

Empat Bintang
Hotel Ancasa, Kuala Lumpur
Hotel Cititel, Pulau Pinang
Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur
Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
Hotel Armada, Petaling Jaya
Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
Hotel Ming Court, Kuala Lumpur
Hotel The Summit, USJ Subang
PNB Darby Park Executive Suites, Kuala Lumpur

Tiga Bintang
Hotel Brisdale International, Kuala Lumpur
Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
Hotel Seri Malaysia, Marang
Hotel KL, Kuala Lumpur
Hotel Nilai, Negeri Sembilan
Hotel PG, Kuala Lumpur
Hotel Puteri Park, Kuala Lumpur
Hotel Quality, Kuala Lumpur
Hotel Residence, Kajang
Hotel The Paramount, Sibu
Hotel Plaza, Kuala Lumpur

Dua Bintang
Hotel Seri Malaysia, Kuantan
Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Lain-lain
Falcon Point Sdn Bhd
KL Airport Sdn Bhd
KLI Hotel Management Sdn Bhd
Hotel Putra, Kuala Lumpur
Makana Catering
Hotel Midah, Kuala Lumpur
Hotel Corus, Kuala Lumpur
Hotel Quality City Centre
Hotel Residence Universiti Tenaga Nasional
Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Hotel Maluri
Hotel The Plaza, Kuala Lumpur
Hotel Empress, Sepang
Hotel Impian Morib
Hotel De Palma, Shah Alam
Hotel De Palma, Ampang
Hotel De Palma, Kuala Selangor
Hotel Holiday Villa, Subang
Hotel Concorde Inn, KLIA

Buatlah pilihan terbaik....agar kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.....

Monday, August 16, 2010

Keajaiban Sujud Dalam Solat.


Solat merupakan suatu kewajipan ke atas setiap hamba Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya melalui Nabi Muhammad SAW pada malam Isra' Mikraj dan kewajipan itu adalah sesuatu yang menakjubkan.
Pelbagai kajian dan perbincangan antara ilmuwan Islam dan para saintis telah dilakukan  dan tidak dapat disangkal yang setiap yang diperintahkan Allah itu ada hikmah yang tersembunyi.

Menurut kajian seorang pakar neurologi Amerika Syarikat, terdapat urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dapat dimasuki oleh darah sedangkan setiap inci otak kita memerlukannya. Daripada kajian tersebut didapati urat saraf otak memerlukan beberapa sukatan tertentu darah dan hanya dengan bersujud semasa bersolat 5 waktu seperti diwajibkan dalam Islam keperluan ini sudah dipenuhi. Jadi, kepada sesiapa yang tidak bersolat, walaupun otaknya dapat berfungsi dengan normal namun kekurangan darah ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan pada keadaan2 tertentu seperti mudah marah, mengamuk malah mungkin boleh melakukan sesuatu yang lebih drastik seperti membunuh atau bunuh diri. Namun sakit mental adalah sesuatu yang berbeza dan hanya Allah yang tahu rahsia di sebaliknya. Kerana kagum dengan keagungan ciptaan Allah itu beliau memeluk Islam dan membuka Pusat Perubatan Melalui Al-Quran. Kajian-kajiannya berteraskan Al-Quran termasuk berpuasa, madu lebah, black seed dan sebagainya. 

Antara kelebihan-kelebihan sujud adalah:
1. Memperbetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar dari tempat asalnya.
2. Memperbetulkan sistem peranakan wanita yang jatuh.
3. Melegakan penyakit hernia (angin pasang).
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid (tetapi bukanlah bersolat ketika haid tetapi amalan solat memperbetulkan sistem tubuh).
5. Melegakan ketegangan paru-paru.
6. Mengurang kesakitan pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan ketika bersujud merupakan posisi rehat paling baik untuk mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan  bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur untuk pesakit insomnia.
10. Pergerakan otot bahu, dada, leher,perut serta punggung ketika hendak bersujud dan bangun dari sujud.
11. Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik,secara automatiknya melancarkan perjalanan darah.
12. Menjadikan payudara wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan.
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan proses kelahiran bagi wanita mengandung dan organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit convulsions dan angin meroyan.
15. Organ terpenting iaitu otak menerima darah secukupnya.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika berlaku tekanan darah tinggi dan terhindar dari angin ahmar.
17. Secara psikologinya, sujud mewujudkan rasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta seterusnya mengikis sifat takbur, riak, sombong dan sebagainya.
(dipetik dari Arab News 1987 melalui Petanda Keagungan terbitan Knights Venture Marketing)

Namun, perlulah diingat bahawa solat sahaja tanpa penghayatan juga tidak cukup dalam Islam. Pastikan kita menghayati setiap pergerakan kita dalam solat terutamanya ketika sujud dan merasakan nikmatnya. Kalau setakat tonggang tonggek, laju pulak tu macam nak tak nak aje solat apa gunanya. Kalau kita boleh melambatkan pergerakan kita dalam senaman taichi kenapa tidak dalam solat. Jika kita boleh berpenat jogging beberapa kilometer kenapa tidak kerana Allah. Jika kita boleh bersengkang mata menonton bola di malam hari mengapa tidak berjaga malam untuk bertemu Pencipta kita.

Tetapi jika masih belum ada kesannya, jangan terus putus asa kerana kadang kala Allah ingin menduga hamba-Nya. Ada hikmah tersembunyi di sebaliknya, hanya Allah Maha Mengetahui, jadi rajin-rajinlah bersolat.... bukan wajib aje, sunat sekali tau...
Kalau nak mulakan sesuatu yang baik jangan lambat-lambatkan tambahan pulak sekarang Ramadhan, mulakanlah  solat sunat di waktu malam.....SELAMAT BERAMAL......


Sunday, August 15, 2010

Asam Pedas...fuhh!!

Hari minggu pertama dalam bulan Ramadhan, kami berbuka puasa di rumah mak mertuaku di Serdang. Kami balik agak lewat sebab kereta rosak. Balik-balik aje mak dah siap masak kari ayam untuk buat cicah roti canai. Tapi biasalah...kalau balik Serdang tak sah kalau tak masuk dapur, maklumlah menantu mithali....ekekekk..mana adalah!! Aku aje menantu pompuan dalam famili hubby so aku la yang kena tolong...hihihi...Sebab main dishnya dah siap aku cuma tolong sediakan pencuci mulut. Hari ni aku buat tepung pelita, resepi dari kawan FB, Yuliza Hadzri. Alhamdulillah menjadi tepung pelita tu walaupun mulanya termasin sikit (biasalah puasa) tapi lepas diadjust2 sedap!! Hihihi...puji diri sendiri nampak....Astargfirullah...puasa, jangan riak.
Sebelah malamnya aku masak asam pedas untuk bersahur, rencahnya mak mertuaku dah sediakan. Tapi kami tak dapat nak bersahur bersama sebab anak-anak sekolah esok, jadi tapau ajelah...makaseh mak.....Jom share resepinya.
Walaupun mak mertuaku orang Muar tapi aku tak berani nak claim asam pedas ni Asam Pedas Muar sebab resepinya pun sikit2 fusion juga, biasalah resepi ni universal kan.....Tapi kali ni tak de gambar, tak sempat nak snap. Nanti lain kali kalau buat lagi i upload okay.....


Asam Pedas


1/2 kilo ikan (apa-apalah ikan yang sedap)
Sedikit serbuk kunyit, garam dan asam jawa untuk lumur kat ikan.


Bahan Kisar
10 tangkai cili kering (pedas ke taknak pedas sangat bergantung kepada selesa masing2)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit idup
Sedikit belacan


Bahan Penyedap
8-10 batang bendi
2 batang serai
Air asam jawa
Daun kesum
Air, garam dan perasa secukupnya.


Cara-caranya
Bersihkan ikan dengan asam jawa kemudian lumurkan dengan garam kunyit, jgn banyak sangat kunyitnya ye.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serai sampai naik bau, tambah daun kesum.
Masukkan ikan dan kacau beberapa minit tapi jangan sampai merosakkan tekstur ikan tu...
Setelah agak sebati cili dan ikan masukkan air asam jawa dan air dan biarkan  mendidih. 
Tambahkan  garam dan perasa secukupnya.
Masukkan kacang bendi dan biarkan mereneh dalam api sederhana sampai bendi agak lembik.....
Mmmm...sedapnya....


Tepung Pelita.


Bahan2 
A
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
sedikit kapur 

B
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan (usually guna 1 peket santan then top up ngan air biasa)
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
sedikit garam 

Cara-cara
Bancuh A sampai sebati ...
Masak dan kacau hingga masak, likat dan berkilat...
Tuangkan ke dalam acuan ... Kalau rajin, buatla bekas dari daun pisang ...
Bancuh B sampai sebati ...
Masak dan kacau hingga masak, likat dan berkilat...
Tuangkan ke atas tepung yg di dalam acuan tadi..
Sejukkan ....
Senangkan ...

Thanks Yulie sebab kongsi resepi ni.....kawan-kawan pun bolehlah cuba.....

Saturday, August 14, 2010

Tragedi 3 Ramadhan 1431

Sedih...terkejut....insaf....semua perasaan timbul bila terdengar berita mengenai tragedi yang berlaku di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka semalam. 3 orang diberitakan terbunuh dalam kejadian angin kencang yang menyebabkan khemah jualan sempena bulan puasa itu runtuh dan menghempap mangsa. 18 mangsa lagi cedera. Ada kawan yang bekerja di Hospital Jasin menceritakan pengalamannya ketika mangsa2 di bawa ke sana....sedih....
Gerun bila melihat visual atap khemah yang berterbangan seperti kertas....Subhanallah... Nauzubillah....

Terima kasih kepada tuan empunya video ni yang berkongsi di Youtube....

Dan clip di bawah diperolehi dari facebook, jadi tak tau siapa empunya sebenar....terima kasih juga kerana berkongsi....



Semoga dengan paparan ini kita lebih dekat dengan Allah...kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu dan tiada daya manusia untuk menghalangnya. Kun fa ya kun.... Bermohonlah kita agar terlindung dari segala musibah namun ketahuilah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya, jadi janganlah menyalahkan takdir....mungkin ianya peringatan buat kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang meninggal dunia..Al-Fatihah. Dan kepada ahli keluarga mangsa semoga tabah menempuhi segala dugaan ini....Wallahualam.....

Friday, August 13, 2010

Ayam Penyet- AP VS Wong Solo



Alhamdulliah....hari ini masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Agak-agak nak berbuka apa petang ni ya?! Di bulan Ramadhan ini perlulah kita berjimat cermat. Jadi kalau terfikir nak ke bazar Ramadhan tu pastikan ada budget tertentu...jangan beli ikut selera aje. Fikir betul-betul sebelum beli, mampukah kita menghabiskan semua makanan tu takut nanti tong sampah pulak yang kenyang.
Bercakap pasal menu berbuka terfikir pulak nak tulis mengenai ayam penyet. Ayam penyet tu menu yang popular di Indonesia. Jika di Malaysia ni, dua restoran popular yang menawarkan menu ini adalah Restoran Ayam Bakar Wong Solo dan Restoran Ayam Penyet-AP. Yang mana satu yang kita nak pilih?

Jika di Seksyen 7 Shah Alam ni, dua-dua restoran ada dan kedua-duanya terletak di kawasan yang sama iaitu berhampiran Wisma Jakel di hadapan pintu 2 UITM. Pada pendapat peribadi saya ayam dan sambal yang disediakan di Wong Solo lebih enak jika dibandingkan dengan AP tapi kalau lebih suka pedas, ayam penyet AP lebih menyengat...berasap telinga... Wong Solo juga menyediakan beberapa pakej makanan berserta minuman sedangkan di AP kita perlu pandai memilih kombinasi makanan sendiri. Namun dari segi harga rasanya AP agak murah berbanding Wong Solo. Kalau tak berkira tentang harga bolehlah pilih Wong Solo. Dari segi menu pula, pilihan makanan di Wong Solo lebih kurang sama sahaja dengan AP. Kelainannya di AP, tiada pekerja yang mengambil order sebaliknya kita diberikan borang order untuk diisi sendiri, so kalau silap tanda tu bukan salah pengambil order tapi salah diri sendiri.... Di Wong Solo pulak kita boleh makan lepak-lepak dan duduk-duduk bersila sebab ada disediakan tempatnya.
Antara menu kegemaran kami di Wong Solo adalah set ayam bakar dan set ayam penyet. Di AP pulak ayam penyet, soto ayam dan gado-gado. tapi perlu diingat, kalau nak makan gado-gado dan soto, makan soto dulu sebab rasa gado-gado akan menenggelamkan rasa soto jika soto dimakan  kemudiannya. Maknanya gado-gado lagi sedap la kot....hehehe....
Koleksi gambar;
Restoran Ayam Bakar Wong Solo
Jom pilih apa nak makan...
Ayam Penyet
Mee Goreng...alamak terjatuh plak keropok tu...

Restoran Ayam Penyet-AP
Antara menu pilihan di Ayam Penyet-AP
Dendeng Belado
Ayam Penyet
Gado-gado

Apa-apapun kesedapan sesuatu makanan adalah subjektif dan bergantung kepada citarasa individu....so terpulanglah...Lain kali kita share resepinya ok....Bye...

Thursday, August 12, 2010

Indahnya Lailatul Qadar


Hari ini hari kedua kita berpuasa, so topik biasa yang orang bincangkan adalah makanan walaupun sebenarnya adalah lebih afdhal jika kita melebihkan ibadat sepanjang bulan puasa ni. Jadi untuk mengambil yang lebih afdhal hari ini saya nak berkongsi tentang Kelebihan Bulan Ramadhan; Malam Lailatul Qadar.
Malam Lailatul Qadar adalah suatu malam di dalam bulan Ramadhan sebagai suatu malam istimewa kerana
1. Malam yang digambarkan di dalam Al-Quran sebagai malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
2. Malam ketetapan dan merupakan malam diturunkan Al-Quran.
3. Malam yang dikatakan sempit dengan kehadiran para malaikat kerana Jibrail akan turun ke bumi dan dengan izin Allah menjalankan urusan di muka bumi. Pintu rezeki dibuka seluasnya bagi mereka yang dikehendaki-Nya dan disempitkan bagi mereka yang dikehendaki-Nya.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan menurut hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Rasulullah SAW juga amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengan beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya. Rasulullah tetap berjaga malam untuk berqiamullail dan cuma tidur seketika sahaja walaupun baginda seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

* Menghayati malam tersebut dengan ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa serta beristigfar.
* Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
* Amal ibadah itu hendaklah ikhlas dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya bukan kerana ikut-ikutan atau menunjuk-nunjuk.

Jika Allah berkehendakkan seseorang itu menemui tandanya, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda bila berlaku malam Lailatul Qadar ialah :

* Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar akan melihat 'NUR' yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
* Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
* Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
* Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam Lailatul Qadar.


Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam  Lailatul Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.


Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus beribadat dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Janganlah leka menyiapkan biskut raya di akhir-akhir Ramadhan tapi berebut-rebutlah memenuhi masjid dan surau untuk terus bertarawih. Janganlah sibuk menghias rumah sehingga penat untuk berjaga malam di 10 malam terakhir. Lakukan dengan ikhlas Insyaallah ganjaran yang besar menanti kita.....

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan....


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.....
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak. Harap2 dapatlah kita beribadat hingga ke penghujungnya.
Ingatkan bersempena bulan puasa ni saya nak berkongsi sesuatu mengenai fadhilat solat terawih mengikut hari, tapi bila kaji2 balik tiada hadis yang sahih mengenainya. Suatu waktu dahulu pernah terbaca mengenainya tetapi ia dikatakan hadis yang dibuat2 kerana kepentingan pihak2 tertentu.... Wallahualam....
Apa-apapun tidak dapat dinafikan kelebihan bulan Ramadhan ini sebagai bulan ibadah kepada Allah SWT. Oleh itu, tak kiralah apa ganjarannya kita bermohonlah kepada-Nya untuk memberikan yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah maha mengasihani dan memberi.....yang penting ibadat kita ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Antara kelebihan Ramadhan adalah

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
Pertama 10 malam pertama: dipenuhi dengan rahmat Allah
Kedua 10 malam seterusnya: dipenuhi dengan keampunan dari Allah 
Ketiga 10 malam akhir: pembebasan dari siksa api neraka. \
( menurut sebuah kitab, semua hambaNya telah ditetapkan samada menjadi Ahli Syurga atau Ahli Neraka, oleh yg demikian , mana2 hambaNya yg memenuhi tuntutan di bulan Ramadhan, Ahli Neraka berkenaan akan ditukar menjadi Ahli Syurga )

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.


Wallahualam.....

Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat....


Semoga ibadat kita diterima dan mendapat rahmat Allah SWT, Insyaallah....



Tuesday, August 10, 2010

Bila Ajalmu....



Salam pertemuan buat semua....

Sekadar renungan bersama, nota ini saya perolehi dari Facebook seorang sahabat. Semoga saudara Muhammad Suhaidin mendapat rahmat Allah kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita semua....terima kasih diucapkan...




TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI




by Muhammad Suhaidin on Thursday, April 8, 2010 at 11:05am

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...


Wallahualam....
Terima Kasih sekali lagi kepada penulis nota ini; saudara  Muhammad Suhaidin.

Monday, August 9, 2010

MozzaMonday!!


Selalunya orang tak suka kedatangan hari Isnin sebab kena kerja setelah bercuti di hujung minggu. Rasa berat je nak ke pejabat. Masa ni jalan memang sesak gila pagi2 lebih dari hari-hari lain sebab kebanyakannya keluar terlewat sikit dari hari biasa, teori aku ajelah... Tapi bagi diriku yang kerja sendiri dan bersama anak-anak hampir setiap masa, hari apapun macam sama je. Cuma hari minggu tu best lagilah sebab hubby cuti...
Bagi kami, hari Isnin pun seronok macam hari2 lain juga sebab hari Isnin ada MozzaMondays!! Kepada yang tak pernah dengar Mozza Burger, sebenarnya menu ini merupakan menu yang paling kami gemari di A&W selain A&W Float yang memang sedap beb...
Inilah menu yang kami cari....Double Mozza Burger and Rootbeer Float.
MozzaMondays tu macam hari untuk makan Mozza Burger la sebab harganya murah dari hari2 biasa, Double Mozza dengan harga yang lebih rendah dari single slice Mozza Burger. Takdelah sampai tiap2 hari Isnin makan...kalau ada budget lebih sikit makan la....Kalau nak cuba bolehlah. Cuma services di A&W ni agak slow sikit la jika nak dibandingkan dengan restoran fastfood yang lain. Tak taulah kenapa tapi tak kira cawangan mana pun tentu lambat. Tapi mungkin time orang lain pergi laju kot...
Dan gambar2nya.....(gambar2 ni minggu lepas punya sebenarnya,masa tu me n Wahdi puasa, so kitaorang berbuka kat sana la....)
Aufa dah tak sabar nak makan ayam ni....Aufa's favourite food.
Ini makanan kegemaran Farhat, hotdog tanpa sayur....
Maklang n Farhat
Selamat berbuka Wahdi...
Happy!!
Sebelum balik posing kejap....
Ok...bye-bye...

Sunday, August 8, 2010

Roti Jala, Kari Ayam...

Bersempena menyambut kedatangan Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi, mak mertuaku berhajat nak buat kenduri sikit. Tapi bukanlah jemput jiran2 ke rumah tapi hantar juadah ke rumah jiran2 maklumlah kalau nak buat kenduri betul2 tak cukup kakitangan, cuma kami berdua aje yang kat dapur hari ni.... Jadi segala persiapan pun dimulakan. Menunya Roti Jala dan kuah Kari Ayam. Pehhh....sedap!! Bolehlah kongsi sikit resepinya kat sini. Kami buat 30 bungkus dan setiap bungkus ada 6 biji roti jala. Tapi resepi kat bawah ni boleh buat lebih kurang 60 biji.


Roti Jala, Kari Ayam dan Serawa Durian...yummy....
Roti Jala


1 kilo tepung
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Air secukupnya supaya adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat (sedang molek la orang kata)
Sedikit pati santan ( boleh juga kalau tak letak, tapi kalau letak lagi sedap)


Cara-caranya;
Bancuh semua bahan kemudian ditapis supaya adunan betul2 halus. Gunakan daun pandan yang diikat untuk leserkan minyak pada kuali leper. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah mula menjala. 


Kari Ayam/ Daging


1 ekor ayam dipotong kecil (boleh juga guna daging tapi takdelah sampai seekor lembu..hihihi...)
6 biji ubi kentang dipotong 6/8
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
1/2 cawan serbuk kari
1 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu kerisik ( kalau tak de takpelah...)
Garam dan serbuk perasa
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan sedikit daun kari untuk menumis


Cara:
1) Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan tumis dan daun kari sehingga wangi. Masukkan bahan2 yang dikisar (bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar)
2) Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
3) Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata. Tutup sebentar. Tapi pastikan jangan hangit pulak.
4) Masukkan santan cair dan kerisik dan biarkan sehingga mendidih.
5) Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
6) Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan biarkan pekat.
Sedia untuk dihidangkan.


Untuk pencuci mulut, saya buat serawa durian juga untuk dimakan bersama roti jala. Tapi takde gula kabung, so pakai gula biasa je. tapi resepi sebetulnya di bawah ni...


Serawa Durian ni putih je sebab takde gula kabung tapi sedap jugak....
Serawa Durian


4-6 ulas isi durian dibuang bijinya ( Ikut juga saiz ulasnya, pandai2 la...)
1 cawan santan pekat
3/4 cawan air
1 biji gula kabung
Sukatan gula pasir ikut manis yang dikehendaki
2 helai daun pandan


Cara memasak
1. Masak gula kabung, gula pasir dengan air dan daun pandan. Setelah menggelegak dan gula hancur.
2.Masukkan air gula,santan, isi durian, garam dan daun pandan. Masak sehingga menggelegak dan pekat.


Serawa durian ini juga sesuai dimakan dengan pulut atau makan macam tu aje macam bubur. Selamat berpuasa dan selamat mencuba....